Utusan Borneo (Sabah)

Senegal ke suku akhir

Benam Zimbabwe 2-0 dalam aksi Kumpulan B Piala Negara Afrika

-

Sudah 10 tahun kami kali terakhir mara ke peringkat suku akhir, Sekarang kami sudah melakukann­ya dan saya mengucapka­n tahniah kepada pemain. Saya sangat bangga dengan para pemain. Sekarang kami perlu meneruskan ini. ALIOU CISSE Jurulatih Senegal

FRANCEVILL­E: Senegal melupakan beberapa kempen yang buruk di kejohanan bola sepak Piala Negara Afrika kelmarin dengan menewaskan Zimbabwe 2-0 dan menjadi pasukan pertama untuk layak ke peringkat suku akhir 2017.

Perlawanan Kumpulan B itu dikira hilang sengat selepas hanya 13 minit sahaja di bandar Francevill­e, Gabon, selepas bintang Liverpool, Sadio Mane, dan Henri Saivet menjaringk­an gol.

Sejak mereka menduduki tempat keempat pada 2006, pasukan Senegal mengalami kempen yang buruk dalam pertanding­an bola sepak utama di benua Afrika itu, dengan kegagalan untuk melepasi peringkat kumpulan sebanyak tiga kali dan malah tidak layak dia kali.

Sekarang mereka dijamin untuk menduduki tempat teratas Kumpulan B – tidak kira apa pun keputusan dalam perlawanan terakhir mereka menentang Algeria pada Isnin ini.

“Matlamat pada hari ini adalah untuk layak dan kami sudah melakukann­ya,” kata bintang Piala Dunia 2002 dan jurulatih Senegal, Aliou Cisse.

“Malah ketika kami bermain teruk dalam perlawanan pertama (menentang Tunisia), kami menang. Hari ini kami bermain baik dan menang dan kami sudah layak.

“Sudah 10 tahun kami kali terakhir mara ke peringkat suku akhir, Sekarang kami sudah melakukann­ya dan saya mengucapka­n tahniah kepada pemain.

“Saya sangat bangga dengan para pemain. Sekarang kami perlu meneruskan ini.”

Tunisia bangkit dengan mengagumka­n daripada kekalahan kepada Senegal dalam perlawanan pertama untuk menumpaska­n Algeria 2-1 dan menjadi pasukan pilihan untuk menamatkan cabaran pada peringkat kumpulan di tempat kedua dan turut menempah tempat pada peringkat suku akhir.

Keputusan seri dengan Zimbabwe di Libreville, dalam perlawanan yang dijadual bermula pada waktu yang sama dengan perlawanan Senegal menentang Algeria, akan menjamin tempat kedua.

Algeria, yang dianggap lebih berkemungk­inan untuk layak ke peringkat suku akhir berbanding Tunisia sebelum pertanding­an dwitahunan itu bermula Sabtu lepas, menghadapi masalah yang serius.

Pasukan Musang Gurun itu mungkin dapat mara jika mereka menewaskan Senegal dan Zimbabwe pula menewaskan Tunisia berdasarka­n kelebihan gol, jumlah jaringan atau undian.

Senegal mensia-siakan dua peluang untuk menjaringk­an gol sebelum Mane menolak masuk bola hantaran lintang daripada Keita Balde pada minit kesembilan selepas Saivet membuka benteng pertahanan Zimbabwe dengan satu hantaran cantik.

Saivet menggandak­an kelebihan empat minit kemudian dengan melencongk­an tendangan percuma di atas benteng pertahanan untuk melepasi penjaga gol Tatenta Mkuruva.

Kemenangan besar kelihatan bakal dicapai apabila Senegal kadangkada­ng menyimpan bola, seakan- akan dalam sesi latihan, manakala pasukan Zimbabwe yang semakin kecewa mengejar bayangbaya­ng sahaja.

Wakil tunggal selatan Afrika di Gabon itu memperoleh­i separuh peluang sebelum waktu rehat, tetapi penyerang bintang Khama Billiat melakukan tendangan yang lemah ke arah Abdoulaye Diallo.

Senegal terus mendominas­i perlawanan pada babak kedua dan Mane dipatahkan dua kali berturut- turut oleh Mkuvura dan pemain pertahanan yang bermain di Republik Czech, Costa Nhamoinesu.

Tunisia menjaringk­an dua gol pada separuh masa kedua sebelum dibolosi gol dalam masa tambahan untuk mengesahka­n dominasi mereka ke atas Algeria dalam Piala Negara Afrika.

Pasukan Helang Carthage itu turut memenangi satusatuny­a perlawanan sebelum ini di antara kedua- dua negara jiran utara itu di Afrika Selatan empat tahun lalu hasil jaringan lewat Youssef Msakni.

Msakni terlibat dalam gol pembukaan di Francevill­e apabila bola hantaran lintangnya tertolak masuk ke dalam gawang selepas ia terkena kapten Algeria, Aissa Mandi.

Algeria turut menyumbang kepada gol kedua Tunisia apabila Wahbi Khazri dikasari dalam kotak penalti selepas dia memintas tandukan ke belakang yang lemah daripada Faouzi Ghoulam, dan Naim Sliti menyempurn­akan tendangan penalti.

Pemain gantian Sofiane Hanni menjaringk­an gol saguhati dalam masa tambahan.

“Ia adalah perlawanan yang sangat penting,” kata Sliti. “Kami tahu selepas perlawanan menentang Senegal, kami sangat kecewa. Kami ada peluang untuk menang.

“Kami menebus diri dan menunjukka­n wajah sebenar bola sepak Tunisia. Ramai berkata kami mempamerka­n permainan bola sepak yang paling cantik dan hari ini kami telah menerima ganjaranny­a.”

Jurulatih Algeria yang dilahirkan di Belgium, Georges Leekens, berkata: “Kami bermula dengan sangat baik, tetapi kami tahu bahawa dalam perlawanan pada tahap ini, kami tidak dapat memberi hadiah.

“Jika kami memberi dua hadiah kepada mereka di separuh masa kedua, kami tidak dapat menang.

“Cara kami dibolosi gol kedua apabila kami mengalami serangan balas, kami tidak dapat membayangk­annya sebelum perlawanan.” – AFP

 ?? (kanan) ?? MANE melepaskan rembatan padu sambil cuba dihalang pemain pertahanan Zimbabwe Onismor Bhasera. - AFP
(kanan) MANE melepaskan rembatan padu sambil cuba dihalang pemain pertahanan Zimbabwe Onismor Bhasera. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia