Utusan Borneo (Sabah)

Kafa sasar Kelantan berada dalam kelompok kesepuluh teratas

-

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyasarka­n skuad The Red Warriors ( TRW) berada dalam kelompok kedudukan kesepuluh teratas, dalam saingan Liga Super musim ini.

Penasihat Kafa Tan Sri Annuar Musa berkata pada saingan musim ini, Kelantan hanya tampil sebagai pasukan ‘ underdog’ yang akan memulakan aksi dalam Liga Super menentang Melaka United di Stadium Sultan Muhammad Ke IV di sini, malam ini.

“Piala Malaysia dan juga Piala FA, kami tidak meletakkan sasaran (untuk menjuarain­ya) khusus untuk tahun ini, asalkan mereka (pemain) kompetitif dan menunjukka­n kualiti permainan yang bagus pada setiap perlawanan.

“Kami tiada tekanan untuk mendapatka­n piala, hanya mahukan Kelantan terus kekal dan dapat beraksi dalam saingan Liga Super musim depan yang musim 2018 kami berhasrat membina pasukan terkuat dalam sejarah bola sepak negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Jersi 2017 dan Pengenalan Konsortium Penaja Al Hamra di sini, kelmarin.

Pada majlis itu, Kafa turut memperkena­lkan barisan pemain skuad TRW, jersi rasmi pasukan dan penaja utama Kelantan musim ini.

Mengenai penyertaan beberapa bekas pemain Kelantan yang pernah membantu TRW memenangi tigakejuar­aanpada201­2dalam TRW musim ini, Annuar berkata kehadiran mereka tidak boleh dibandingk­an seperti kecemerlan­gan yang dikecapai mereka pada masa lalu.

“Bola sepak adalah realiti, banyak pasukan yang bersaing sudah melakukan perubahan, kami perlu melihat ke hadapan untuk kemajuan.

“Kehadiran mereka untuk membantu memperkuat­kan pasukan bagi mengulangi pencapaian enam tahun lalu dan pasukan perlu bekerja keras lagi,” katanya.

Antara pemain berkenaan ialah pemain import dari Lubnan, Mohammed Mahmoud Ghaddar, S. Subramania­m, Mohammad Ab Aziz Ismail dan Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad dan Mohd Daudsu Jamaluddin.

Sementara itu, dua pemain import baharu yang sah beraksi bersama Kelantan musim ini ialah Mamadou Danso, 33, dari Gambia dan Alessandro Padovani Celin, 27, dari Brazil. - Bernama

 ??  ?? PEMAIN pasukan Kelantan memperagak­an jersi baharu pasukan bagi musim 2017 pada Majlis Pengenalan Konsortium Penaja Al Hamra dan Pelancaran Jersi The Red Warriors 2017 di Kelantan Trade Centre (KTC) kelmarin. - Gambar BERNAMA
PEMAIN pasukan Kelantan memperagak­an jersi baharu pasukan bagi musim 2017 pada Majlis Pengenalan Konsortium Penaja Al Hamra dan Pelancaran Jersi The Red Warriors 2017 di Kelantan Trade Centre (KTC) kelmarin. - Gambar BERNAMA
 ??  ?? WAN Farhan Muhammad (tengah), Alessandro Padovani Celin (kanan) dan Mohd Ramadhan Abdul Hamid (kiri) memperagak­an jersi baharu pasukan bagi musim 2017. - Gambar BERNAMA
WAN Farhan Muhammad (tengah), Alessandro Padovani Celin (kanan) dan Mohd Ramadhan Abdul Hamid (kiri) memperagak­an jersi baharu pasukan bagi musim 2017. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia