Utusan Borneo (Sabah)

Chelsea mahu lupakan krisis Costa, tumpu perlawanan berdepan Hull

-

LONDON: Chelsea akan cuba melupakan krisis berhubung Diego Costa (gambar) apabila pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu melayan kunjungan Hull, manakala Tottenham yang memburu kejuaraan mahu meneruskan kecemerlan­gan mereka di kelab bermasalah Manchester City pada malam ini (Sabtu).

Costa, penyerang pasukan The Blues, dilaporkan berkelahi dengan pengurus Chelsea Antonio Conte pada minggu lepas berhubung rawatan yang diberikan oleh kelab itu untuk kecederaan belakangny­a.

Di tengah-tengah laporan bahawa Costa juga menjadi subjek tawaran yang lumayan daripada kelab Liga Super China, Tianjin Quanjian, Conte memastikan pemainnya fokus apabila mereka menewaskan Leicester 3-0 pada hujung minggu lepas walaupun

peny- erang Sepanyol itu tidak bermain.

Selepas Chelsea enggan menimbang untuk menjual penjaring terbanyak mereka, Conte dipercayai sudah menenangka­n keadaan dan Costa kembali berlatih sepenuhnya pada minggu ini.

Conte enggan mengakui bahawa dia ada bertengkar dengan Costa, tetapi ia pasti menarik untuk melihat sama ada dia akan meletakkan semula bintangnya yang panas baran itu di dalam barisan kesebelasa­n utamanya selepas begitu banyak yang menjadi taruhan dalam perebutan kejuaraan.

Hull tidak pernah menewaskan Chelsea sejak 1988 tetapi penjaga gol The Tigers itu Eldin Jakupovic mendakwa pasukan ketiga tercorot itu merupakan unit yang lebih bahaya di bawah pengurus baharu Marco Silva.

“Dia memberikan keyakinan kepada kami. Kami perlu mempamerka­n bola sepak kami. Itu kadangkada­ng sukar dalam EPL tetapi dia menjalanka­n kerja den- gan baik dan pemain juga telah menjalanka­n kerja dengan baik,” kata Jakupovic. Jika Chelsea tersandung, Tottenham di tempat kedua dapat merapatkan jurang tujuh mata dengan seteru tetangga mereka di London itu apabila mereka bertandang ke Eastlands.

Kekalahan 4- 0 City di Everton pada Ahad lepas adalah kekalahan liga paling besar dalam karier pengurusan Pep Guardiola yang gilang-gemilang dan meletakkan mereka 10 mata di belakang Chelsea selepas kekalahan kedua dalam tiga perlawanan liga terakhir mereka.

Ia mendorong Guardiola untuk menolak harapan City memenangi kejuaraan dan pengkritik bertanya sama ada bekas ketua Bayern Munich dan Barcelona itu dapat berjaya atau tidak di England.

Tottenham menimbulka­n satu lagi ancaman kepada ekuilibriu­m Guardiola selepas mereka mencatatka­n kemenangan dalam enam perlawanan berturut-turut.

Namun pengurus The Spurs, Mauricio Pochettino, yang memberikan kekalahan pertama kepada Guardiola sebagai pengurus City pada Oktober lalu, pasti seterunya akan lambatlaun meninggalk­an kesannya.

“Guardiola merupakan salah seorang pengurus terbaik. Ia adalah sukar untuk datang ke kelab baharu dan membawa falsafah baharu tetapi dia sangat berjaya. Saya pasti dia akan berjaya,” kata Pochettino.

Dengan skuad yang kekurangan tenaga dan inspirasi sejak beberapa minggu lalu, Guardiola dapat menyegarka­n seranganny­a dengan memberi peluang kepada penyerang remaja Brazil, Gabriel Jesus, yang secara rasmi melengkapk­an perpindaha­nnya dari Palmeiras pad minggu ini, untuk bermain buat julung kalinya bagi kelab.

“Saya sudah menonton EPL dan saya memperhati­kan ia sangat sukar, corak permainan yang tegang,” kata Jesus.

“Saya berharap untuk menyesuaik­an diri secepat mungkin dalam peluang pertama saya bermain dalam perlawanan.”

Penyerang Liverpool Divock Origi mencabar rakan sepasukan untuk terus memberi tekanan kepada Chelsea apabila mereka melayan kunjungan Swansea yang diancam penyingkir­an.

Pasukan Jurgen Klopp berada tujuh mata di belakang Chelsea di tempat ketiga selepas semakin ketinggala­n dalam perebutan kejuaraan ekoran keputusan seri 1-1 yang mengecewak­an di kelab musuh ketat Manchester United pada hujung minggu lepas. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia