Utusan Borneo (Sabah)

Asyraaf percaya objektif dua fasa latihan tercapai

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Mohd Asyraaf Fong Abdullah percaya dua objektif utamanya untuk skuad bola sepak wanita kebangsaan pada latihan fasa pertama dan kedua akan tercapai.

“Objektif utama saya pada dua fasa latihan ini adalah membina kecergasan dan menyerapka­n idea- idea taktikal permainan serta kekuatan mental.

“Setakat ini penerimaan pemain agak baik. Dari segi kecergasan, 80 peratus pemain telah mencapai tahap yang diharapkan manakala selebihnya masih perlu perhatian spesifik

“Idea taktikal permainan dan kekuatan mental pemain juga semakin berkembang. Pemain hanya perlu membiasaka­n diri mempraktik­kan idea- idea itu menerusi latihan dan juga perlawanan- perlawanan,” kata Asyraaf.

Ketua jurulatih berasal dari Tawau yang juga pengarah Pusat Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu berkata demikian ketika ditemui selepas latihan di padang rumput tiruan UMS kelmarin.

Ia kini adalah latihan pusat fasa kedua skuad wanita negara sehingga 16 Februari bermula 8 Januari lalu. Latihan fasa pertama telah diadakan pada 15 November hingga 16 Disember tahun lalu.

Latihan fasa kedua itu melibatkan 21 pemain berbanding 25 pemain pada fasa pertama.

“Saya mungkin akan gugurkan seorang lagi pemain dari fasa kedua ini dan cuba mengenalpa­sti lima pemain lagi dari Piala Tun Sharifah Rodziah ( Kejohanan Bola Sepak Wanita Kebangsaan) yang dijangka akan diadakan pada Mac iaitu sebelum latihan pusat fasa ketiga bermula pertengaha­n April,” katanya.

Semua latihan pusat yang berpengkal­an di UMS itu adalah sebagai persiapan skuad wanita negara menghadapi Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur pada Ogos di mana mereka telah disasarkan meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa.

Bagaimanap­un, sebelum menghadapi Sukan SEA, skuad wanita negara itu akan menyertai Kejohanan Pembanguna­n Bola Sepak Wanita Serantau di Singapura pada 16- 20 Februari dan Kejohanan Bola Sepak ASEAN Piala AFF di Thailand pada Mei.

“Kedua-dua kejohanan itu tentunya akan memberi ujian terbaik buat pasukan tetapi saya juga memohon agar FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) turut mendapatka­n perlawanan pemanas badan dengan pasukan lebih kuat bukan dari kalangan negara ASEAN.

“Kami perlukan sekurangku­rangnya satu perlawanan pemanas badan dengan pasukan luar negara setiap bulan,” kata Asyraaf sambil berterima kasih kepada FAM kerana membolehka­n mereka mengadakan perlawanan pemanas badan dengan skuad kebangsaan Nepal di Nepal sebagai penutup latihan fasa pertama pada Disember lalu.

Sambil itu, kejohanan di Singapura bulan depan adalah pertanding­an tiga penjuru membabit pasukan tuan rumah Singapura, Filipina dan Malaysia.

“Penyertaan ke kejohanan di Singapura itu adalah penutup kepada latihan fasa kedua. Kejohanan ini akan saya manfaatkan untuk mendapatka­n sebanyak mungkin tambahan idea bagi memantapka­n pasukan. “Sayak ini cuba dapatkan sekurang-kurangnya

dua perlawanan pemanas badan berkualiti seminggu dengan kelab-kelab tempatan sebagai persiapan menghadapi kejohanan di Singapura,” katanya.

Asyraaf berkata, pasukan lawan untuk perlawanan pemanas badan yang telah dan akan diadakan setakat ini adalah pasukan lelaki kerana ketiadaan pasukan wanita

yang boleh memberikan ujian terbaik buat skuad bimbingann­ya itu.

Selepas kejohanan di Singapura katanya, pemain akan menyertai pasukan negeri atau kelab masingmasi­ng untuk menghadapi Piala Tun Sharifah Rodziah sebelum kembali menjalani latihan pusat fasa ketiga pada pertengaha­n April.

“Saya ada menyediaka­n program sepanjang berada di luar latihan pusat kepada setiap pemain. Saya harap mereka akan mengikuti program yang disediakan supaya berada di tahap yang diharapkan apabila kembali menjalani latihan pusat fasa tiga nanti,” kata Asyraaf.

 ?? ASYRAAF ?? (di papan taktik) bersama pemain di padang rumput tiruan UMS.
ASYRAAF (di papan taktik) bersama pemain di padang rumput tiruan UMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia