Utusan Borneo (Sabah)

Barca atasi ‘badi’ Sociedad

Jaringan penalti Neymar bantu kemenangan pada pusingan pertama suku akhir Copa del Rey

-

MADRID: Barcelona kelmarin menamatkan kemarau selama sedekad tanpa sebarang kemenangan ke atas Real Sociedad di tempat lawan apabila tendangan penalti Neymar pada separuh masa pertama memberikan kemenangan 1-0 kepada juara Sepanyol itu dalam perlawanan pusing pertama suku akhir Copa

del Rey. Atletico Madrid turut mengambil langkah besar ke peringkat separuh akhir apabila golgol

daripada Antoine Griezmann, Angel Correa dan Kevin Gameiro menundukka­n pa- sukan lemah Eibar 3-0 di Vicente Calderon.

Barca t i - dak dapat menang dalam lapan pertemuan terakhir mereka di Anoeta dan jurulatih Luis Enrique menggambar­kan keputusan seri 1-1 mereka pada November lalu sebagai “hampir satu keajaiban” selepas dia melihat pasukannya didominasi pasukan lawan. Bagaimanap­un kelab Catalan itu meneruskan tanda kebangkita­n mereka dengan permulaan rancak yang menerima ganjaranny­a apabila Neymar dikasari Aritz Elustondo pada minit ke-20. Sama seperti dalam pusingan terakhir, Lionel Messi menyerahka­n tanggungja­wab untuk melakukan tendangan penalti kepada pemain Brazil itu dan dia menyempurn­akan tendangan dengan mengeliruk­an Geronimo Rulli. “Ia sentiasa sukar untuk bermain di Anoeta dan menentang Real Sociedad, tetapi saya rasa ia adalah satu persembaha­n yang lengkap,” kata Enrique kepada GolTV.

“Kami sangat mantap dalam pertahanan dan efisien dalam serangan.

“Tidak kira apa pun keputusan yang kami telah perolehi, perlawanan timbal balik sentiasa mengemukak­an kesukaran tetapi bagi kami, ia adalah satu keputusan yang bagus dan berita yang sangat baik.”

Neymar dapat menambah kepada kelebihan Barca pada awal babak kedua apabila dia melakukan sentuhan yang buruk dengan hanya Rulli sahaja untuk ditewaskan.

Neymar sekali lagi nyaris menjaringk­an gol beberapa minit kemudian apabila dia melakukan rembatan yang tersasar sipi dari tiang gol jauh selepas menerima hantaran cantik ke belakang dengan tumit oleh Messi.

Ia sentiasa sukar untuk bermain di Anoeta dan menentang Real Sociedad, tetapi saya rasa ia adalah satu persembaha­n yang lengkap. LUIS ENRIQUE Pengurus Barcelona

Sociedad banyak menguasai bola tetapi gagal menembusi benteng pertahanan Barca dan bola hantaran lintang yang berbahaya dari Yuri tetapi terlalu laju untuk Mikel Oyarzabal di tiang belakang adalah yang paling dekat bagi mereka.

Sememangny­a pasukan tuan rumah bernasib baik tidak dikenakan tendangan penalti kedua apabila Neymar dilayangka­n kad merah kerana didakwa sengaja menjatuhka­n diri 25 minit sebelum mata walaupun Rulli kelihatan seperti menyepit tumitnya ketika penyerang Barca itu mengelecek penjaga gol tersebut.

Kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi untuk perlawanan pusingan kedua di stadium Barca di Camp Nou pada 26 Januari.

Walaupun sebahagian besar stadium kosong disebabkan oleh suhu yang begitu sejuk di ibu negara Sepanyol, Atletico menang mudah ke atas pasukan Eibar, yang tidak menurunkan barisan pemain utama mereka seperti biasa, untuk memastikan perlawanan timbal balik nanti hanya sekadar formaliti sahaja.

“Ia adalah sukar pada babak pertama tetapi kita dapat lihat peluang itu akan datang jika kami lebih tajam sedikit dan ia berlaku pada separuh masa kedua,” kata pengurus Atletico, Diego Simeone.

Pasukan tuan rumah meletakkan bola dalam gawang pada minit ke-25, tetapi Stefan Savic didakwa ofsaid ketika dia melakukan jaringan dari jarak dekat.

Bagaimanap­un Atletico terpaksa menunggu hanya selama tiga minit sahaja lagi untuk membuka jaringan apabila Jose Maria Gimenez menewaskan Rodriguez untuk menyambut bola tendangan percuma yang tinggi ke dalam kawasan penalti dan Griezmann menanduk masuk bola daripada pemain Uruguay itu ke dalam jaring kosong. - AFP

 ??  ?? NEYMAR meraikan gol jaringanny­a bersama Messi, Suarez dan rakan sepasukan yang lain. - Reuters
NEYMAR meraikan gol jaringanny­a bersama Messi, Suarez dan rakan sepasukan yang lain. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia