Utusan Borneo (Sabah)

Gelanggang tenis di Likas perlu pembaharua­n segera

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Gelanggang di Pusat Tenis, Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) di Likas perlu diperbahar­ui secara menyeluruh kerana keadaan ketikainis­angatmerba­hayadan berisiko tinggi menyebabka­n kecederaan pemain.

Sejajar itu, presiden Persatuan Tenis Negeri Sabah (STA) Johnson Koh telah melakukan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Tetap, Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Haji Awang Damit Awang Anak untuk memohon bantuan kementeria­n menyelesai­kan masalah berkenaan.

Permukaan gelanggang tenis di pusat itu tidak pernah diperbahar­ui sejak lebih 10 tahun yang lalu.

“Bagi pihak STA kami berterima kasih pada Kerajaan Negeri kerana telah membina bumbung di empat gelanggang di KSKK, tetapi kami memohon untuk permukaan gelanggang ini diperbahar­ui kerana ianya tidak sesuai dibaikpuli­h.

“Keadaan ketika ini sangat tidak sesuai untuk menjalanka­n sebarang aktiviti pertanding­an. Ini kerana gelanggang ini sangat bahaya sekalipun untuk mereka yang bermain pada hari-hari biasa kerana permukaan gelanggang yang tidak rata, berlopak dan terdapat banyak rekahan,” jelas beliau.

Pihak kontraktor ada membuat pembaikan dengan menampal lopak-lopak yang terjejas teruk, tetapi selepas tinjauan oleh Johnson bersama beberapa pegawai persatuan itu, mereka mendapati permukaan gelanggang di pusat itu memerlukan lebih dari usaha menampal permukaan yang terjejas.

Sebelum ini, pihak STA telah menyerahka­n surat permohonan kepada pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) Datuk Louis Rampas dan pengurus besar LSNS Penyuki Matta dan telah dilanjutka­n kepada Awang Damit.

Melihat keadaan gelanggang itu perlu diperbaiki segera demi menampung penggunaan STA yang telah merancang program pesat untuk tahun ini, Johnson tidak dapat berlengah untuk bertemu Awang Damit untuk memohon bantuan setiausaha tetap itu untuk mendapat kelulusan dari KBSS.

Semasa pertemuan itu, Johnson juga menyampaik­an keratan akhbar Utusan Borneo berkenaan kejayaan tenis Sabah sepanjang tahun 2016, yang telah dibingkai.

 ?? Utusan Borneo ?? AWANG Damit (kiri) menerima keratan akhbar Johnson semasa pertemuan di Wisma MUIS pada Isnin. yang telah dibingkai daripada
Utusan Borneo AWANG Damit (kiri) menerima keratan akhbar Johnson semasa pertemuan di Wisma MUIS pada Isnin. yang telah dibingkai daripada
 ??  ?? KEADAAN permukaan gelanggang di Pusat Tenis, KSKK di Likas yang perlu diperbahar­ui segera.
KEADAAN permukaan gelanggang di Pusat Tenis, KSKK di Likas yang perlu diperbahar­ui segera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia