Utusan Borneo (Sabah)

Kereta ‘sengaja’ rempuh pejalan kaki, 3 maut, 20 cedera

Insiden di Melbourne ragut tiga nyawa, 20 cedera, bukan serangan pengganas: Polis

-

MELBOURNE: Tiga orang terbunuh dan 20 orang lagi tercedera semalam apabila sebuah kereta merempuh ke arah pejalan kaki di bandar Melbourne di Australia, namun pihak polis menyatakan ia bukannya serangan pengganas.

Beberapa orang saksi berkata “badan-badan terpelanti­ng” dan orang ramai berlari keluar dari laluan kereta yang memecut laju di kawasan utama beli-belah.

Pemangku Komander Polis Victoria Stuart Bateson menolak keganasan namun menyatakan ia satu tindakan yang disengajak­an di tengah Melbourne.

“Saya boleh mengesahka­n bahawa kami percaya ini adalah berkaitan dengan satu kejadian tikaman sebelum ini di wilayah metro selatan,” Bateson memberitah­u wartawan.

“Kami telah menahan pelaku. Tidak ada ancaman selanjutny­a terhadap orang awam pada peringkat ini.

“Saya juga boleh mengesahka­n bahawa ini bukannya satu insiden berkaitan dengan CT (menangani keganasan),” tambah beliau.

Bateson berkata lelaki itu telah memandu dalam beberapa pusingan di sebuah persimpang­an sibuk di luar stesen kereta api utama di bandar ini pada waktu tengah hari.

“Kami percaya lelaki ini telah melakukan beberapa pusingan di Flinders Street dan Swanston Street, membelok ke kiri memasuki pusat beli-belah Bourke Street dan sengaja memandu ke arah orang ramai, seterusnya di atas laluan kaki bertembung dengan beberapa orang pejalan kaki lain,” tambah beliau.

Rakaman YouTube menunjukka­n sebuah kereta salun berwarna merah tua berpusing-pusing di persimpang­an dengan seorang pemandu memakai baju berwarna lembut dalam keadaan separuh keluar dari tingkap kereta.

Dia memandang ke arah pejalan kaki sebelum menuju ke luar sebatang jalan.

Pegawai paramedik menyatakan 20 orang menerima rawatan dan beberapa orang lagi mengalami kecederaan serius.

Royal Children’s Hospital di Melbourne berkata ia sedang merawat seorang pesakit yang mengalami kecederaan kritikal dan tiga orang lagi dengan kecederaan serius.

Seorang saksi, Kylie Clark, memberitah­u Herald Sun di Melbourne beliau telah melihat “badan-badan terpelanti­ng”.

“Ia kelihatan kepada saya kereta yang melanggar orang tersebut telah dikejar oleh sebuah kereta polis yang tidak bertanda.”

Seorang lagi saksi memberitah­u akhbar “dia tidak berhenti dan orang yang berjalan telah cuba untuk mengelakka­n diri serta dia hanya terus memandu dan merempuh orang di sepanjang perjalanan­nya.”

Seorang saksi, yang meminta namanya dirahsiaka­n, memberitah­u AFP “ia adalah satu keadaan pembunuhan beramai-ramai di jalan tersebut.”

Rakaman televisyen dari tempat kejadian menunjukka­n sebuah kereta yang rosak dengan bahagian pintu depannya terbuka dan cermin tingkapnya pecah.

Seorang lelaki bergari yang hanya memakai seluar dalam telah terbaring di atas sebatang jalan dikeliling­i oleh pegawai polis.

Gambar-gambar lain menunjukka­n bahawa apa yang kelihatan sebagai sebuah kereta sorong bayi yang terbalik.

Puluhan anggota polis yang bersenjata lengkap telah dikerahkan sekitar pusat beli- belah Bourke Street di Melbourne, berhampira­n dengan di mana perlawanan tenis Terbuka Australia sedang dilangsung­kan.

Pihak polis telah dijangka akan mengadakan sidang media pada waktu petang. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR serahan AAP menunjukka­n pegawai polis dan paramedik membantu orang yang cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di Melbourne, semalam. — Gambar Reuters GAMBAR serahan AAP menunjukka­n seorang lelaki terbaring sambil dikeliling­i oleh polis selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di Melbourne, semalam. — Gambar Reuters
GAMBAR serahan AAP menunjukka­n pegawai polis dan paramedik membantu orang yang cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di Melbourne, semalam. — Gambar Reuters GAMBAR serahan AAP menunjukka­n seorang lelaki terbaring sambil dikeliling­i oleh polis selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di Melbourne, semalam. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia