Utusan Borneo (Sabah)

Mahkamah denda EasyJet kerana enggan terima penumpang OKU

-

BAYONNE: Mahkamah Perancis kelmarin mendenda syarikat penerbanga­n kos murah British EasyJet sebanyak 60,000 euro kerana menolak untuk membenarka­n seorang penumpang kurang upaya untuk menaiki pesawatnya atas sebab “keselamata­n”.

Mahkamah jenayah di Bayonne, selatan Perancis, mendengar bahawa kakitangan di pesawat bajet tersebut menolak untuk membenarka­n Joseph Etcheveste, 55, untuk menaiki pesawat EasyJet di Biarritz pada Julai 2010 disebabkan beliau “tidak ditemani.”

“EasyJet menolak untuk membenarka­n anak guam saya menaiki pesawat kerana ia menyatakan terdapat masalah keselamata­n. Mereka masih belum menjelaska­n maksud mereka itu,” menurut peguamnya Anne-Marie Mendiboure.

Ia bukan kali pertama EasyJet melanggar undangunda­ng diskrimina­si Perancis.

Pada Disember 2015 syarikat itu didenda sebanyak 70,000 euro kerana tidak membenarka­n akses kepada tiga orang kurang upaya atas sebab yang sama.

Terdapat juga keputusan yang sama pada dua tahun sebelumnya.

Pihak syarikat penerbanga­n itu menyatakan ia hanya melaksanak­an “peraturan dalaman”.

Etcheveste adalah rakan kepada bekas pemimpin pemisah Basque Philippe Bidart dan mengalami keadaan separuh lumpuh setelah beliau ditembak di bahagian tulang belakang ketika ditangkap oleh polis Perancis pada 1987.

Peguam EasyJet Maud Marian memberitah­u AFP beliau tidak terkejut dengan keputusan mahkamah ketika menegaskan bahawa syarikat penerbanga­n “tidak berniat untuk mendiskrim­inasi plaintif” dan kemungkina­n tidak akan merayu terhadap keputusan tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia