Utusan Borneo (Sabah)

Firefly turunkan sasaran penumpang kepada 1.6 juta

-

Firefly Airlines mengurangk­an sasaran jumlah penumpang bagi 2017 kepada 1.6 juta daripada 1.7 juta pada tahun lepas berikutan permintaan berkuranga­n dan peningkata­n kos operasi setelah ringgit rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif Ignatius Ong berkata walaupun penurunan ringgit baik dari segi menarik penumpang luar negara ke Malaysia, ia juga perlu membolehka­n warga Malaysia ke luar negara seperti ke Singapura, Indonesia dan Thailand.

“Pasaran perlu baik bagi kedua-duanya. Bukan murah bagi keluarga pergi bercuti ke negara jiran.

“Tambahan pula, kami mengalami peningkata­n 30 peratus dalam keseluruha­n kos yang mempengaru­hi beberapa trasaksi kami dalam dolar Amerika,” katanya.

Ong berkata demikian kepada media selepas pelancaran FY e-dompet dengan kempen Firefly Airlines di sini kelmarin.

Beliau berkata, syarikat telah mengurangk­an kapasiti sebanyak enam pesawat tahun lepas kepada 12 setelah faktor muatan “Apabila kami menyaksika­n peningkata­n permintaan sebanyak 70 hingga 75 peratus dalam faktor muatan, kami akan meletakkan satu atau dua lagi pesawat beroperasi,” katanya.

Ong juga berharap nilai ringgit akan mengukuh ke paras mampan.

Sementara itu, mengenai FY e-dompet, kemudahan tanpa tunai yang membolehka­n pengembara membeli tiket Firefly pada bila-bila masa, dengan cepat dan mudah.

“Pengembara tidak perlu bimbang tentang tansaksi yang tidak berjaya apabila menggunaka­n kad debit atau kad kredit.

“Mereka juga akan mendapat bonus tambahan sehingga 25 peratus berdasarka­n kepada kagetori pembelian mereka yang sebanyak RM1,000, RM5,000 atau RM10,000. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia