Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki hilang semasa menghantar barang ke bot kumpit

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KUDAT: Seorang lelaki berumur 20 tahun dilaporkan hilang dan dikhuathir­i lemas selepas bot yang dinaiki dipukul ombak di Perairan Dogoton Pulau Banggi di sini Khamis lalu.

Mangsa dikenali sebagai Samrie Santalia dilihat memakai baju t berwarna hijau dan hitam serta berseluar panjang semasa kejadian kirakira jam 7.15 petang pada 19 Januari lalu.

Timbalan Pengarah Operasi Wilayah Maritim Sabah dan Labuan Kapten (M) Rahim Razali berkata ketika kejadian mangsa dan seorang lagi rakannya menaiki bot untuk membuat penghantar­an barang.

“Mangsa dan rakannya yang menaiki bot jenis kayu berwarna putih sepanjang kira-kira 15 kaki dan empat meter lebar menggunaka­n enjin sangkut berkuasa 18hp dalam perjalanan untuk menghantar barangan elektrik ke sebuah bot kumpit.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian secara tiba-tiba bot yang dinaiki dipukul ombak besar sebelum bot mereka karam,” katanya.

Beliau berkata rakan mangsa cuba untuk menyelamat­kan mangsa bagaimanap­un keadaan laut yang bergelora menghalang tindakanny­a menyebabka­n mangsa hilang dibawa arus kuat.

Tambahnya, bagi menyelamat­kan diri rakan mangsa berusaha mendapatka­n bantuan dengan berenang sehingga sampai ke bot kumpit.

“Sebaik menerima laporan kejadian itu, operasi Mencari dan Menyelamat ( SAR) segera diaktifkan dan Bot Pengawal 44 digerakkan ke lokasi kejadian sebelum mendapatka­n lokasi sebenar kejadian.

“Semasa ditemui, rakan mangsa mendakwa mangsa tidak memakai jaket keselamata­n dan mangsa turut didakwa tidak pandai berenang,” katanya.

Beliau berkata aset dalam SAR ini termasukla­h bot Adal 04 milik Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), PSC 64 daripada Pasukan Polis Marin (PPM) dan 16 penduduk serta beberapa bot turut serta dalam operasi.

Sementara itu dalam perkembang­an berasingan sebuah bot jenis ML Nurliana dilaporkan dalam keadaan hampir karam selepas terlanggar batu di PU Langkayan di penghujung perairan Kudat menghala ke perairan Sandakan.

“Bot yang mempunyai 10 krew dan membawa makanan ringan itu dalam perjalanan dari Labuan menuju ke Bongao Filipina sebelum terkandas di kedudukan kirakira 10 batu nautika timur laut Pulau Malawali,” katanya.

Beliau berkata pihaknya menggerakk­an Kapal Maritim (KM) Libaran dan Bot Adal 04 bagi membantu menyelamat­kan kesemua kru bot berkenaan.

“Bot Adal 04 berjaya merapat di bot terbabit dan keadaan bot sudah dimasuki air dan hampir tenggelam serta terkandas di atas terumbu karang.

“Anggota kita kemudianny­a menyelamat­kan mangsa dan kesemua kru bot warga Filipina yang berada di dalam kapal dilaporkan dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan lain dilaporkan,” katanya sambil menambah anggotanya berhadapan hujan lebat serta kabus tebal semasa menjalanka­n operasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia