Utusan Borneo (Sabah)

33 individu terlibat judi haram didenda

-

KOTA KINABALU: Seramai 33 individu termasuk sembilan wanita didenda sebanyak RM5,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan melakukan perjudian haram.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhka­n hukuman itu terhadap semua tertuduh selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 4 (1) (C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Hukuman yang diperuntuk­kan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga tempoh tiga tahun.

Mereka didapati membantu menjalanka­n operasi perjudian di sebuah premis, di Jalan Bundusan, Penampang, di sini, pada 16 Januari tahun ini jam 5 pagi.

Sementara itu, 18 pelanggan antaranya sembilan wanita mengaku bersalah terlibat dalam perjudian haram berkenaan pada masa dan di tempat sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6 ( 1) akta sama, memperuntu­kkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tempoh enam bulan atau kedua-duanya.

Semua tertuduh diwakili peguam Edward Paul memohon hukuman yang ringan dikenakan kerana mereka tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lain.

“Mereka sudah menyesal dan memberikan kerja sama dengan pihak polis, sejak direman selama empat hari,” katanya.

Pihak pembelaan juga memohon barang peribadi semua tertuduh diserahkan semula kepada mereka.

Pegawai Penyiasat Insp Muniswaran Rajendran yang hadir di mahkamah, mengesahka­n jumlah wang yang disita sebanyak RM141,000, namun hanya RM98,000 yang disita dari kaunter.

Pegawai Pendakwa ASP Sabrina Jinnius memberitah­u mahkamah, wang sebanyak RM98,000 kini masih dalam siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegah Pembiayaan Keganasan 2001.

Mahkamah memerintah­kan, barang peribadi diberikan kepada semua tertuduh dan wang sebanyak RM98,000 disimpan oleh pihak pendakwaan sehingga siasatan selesai.

 ??  ?? ANTARA tertuduh yang terlibat dalam perjudian keluar dari kamar mahkamah.
ANTARA tertuduh yang terlibat dalam perjudian keluar dari kamar mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia