Utusan Borneo (Sabah)

Banjir di Paitan masih ‘ bertahan’

35 penduduk Kg Binsulung masih berada di pusat pemindahan

-

BELURAN: Keadaan banjir di beberapa perkampung­an di kawasan Paitan khasnya di Kampung Binsulung, masih ‘ bertahan’ dan air banjir naik semula petang kelmarin ekoran hujan lebat masih berterusan.

Pegawai Daerah Kecil Paitan, Joe Joloning Majambu berkata, seramai 35 orang dari 11 keluarga masih berada di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir (PPMB) yang dibuka di Dewan Serbaguna Kampung Binsulung, Paitan.

Katanya, daripada 37 orang dari lapan keluarga yang dipindahka­n ke pusat itu Khamis lalu, beberapa mangsa dilaporkan telah keluar untuk kembali ke tempat bertugas di kawasan estate dan Sandakan.

Bagaimanap­un, terdapat mangsa lain di Kampung Binsulung yang sebelum ini ‘ terkepung’ banjir, berjaya diselamatk­an dan dipindahka­n ke pusat pemindahan oleh pasukan penyelamat, khasnya anggota bomba dari Kinabatang­an dan Sandakan serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari Pitas dan Paitan.

“Jumlah yang masih berada di pusat pemindahan sehingga petang kelmarin ialah seramai 35 orang daripada l1 keluarga”, katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

Menurutnya, selain anggota pasukan bantuan dan penyelamat, para petugas dari beberapa jabatan kini masih ‘berkampung’ di Binsulung untuk membantu mangsa banjir yang terlibat, selain bersiap sedia menggerakk­an operasi pemindahan jika banjir terus naik dan membahayak­an penduduk.

Antaranya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Beluran, anggota polis, kakitangan Pejabat Kesihatan Kawasan ( PKK) Beluran, Pejabat Unit Pemimpin Pembanguna­n (UPPM) Dun Sugut dan

Juga Pejabat Daerah Kecil (PDK) Paitan selaku penyelaras operasi Bilik Gerakan Bencana Alam PDK Paitan.

Pegawai Kebajikan Daerah Beluran, Rizwan Suhaimi berkata, pihak telah menyediaka­n bantuan makanan berbungkus (tapau) kepada mangsa banjir di pusat pemindahan untuk tempoh tiga hari sehingga hari ini.

“Sekiranya masih ada mangsa di pusat pemindahan selepas hari ketiga, pihaknya (Jabatan Kebajikan) akan melantik pembekal untuk membekal bahan mentah dan makanan disediakan secara bergotongr­oyong oleh mangsa banjir di pusat pemindahan”, katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut dibantu anggota sukarelawa­n dari Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Beluran dan Paitan untuk membantu kerja-kerja pembersiha­n, mengangkut serta menyusun barang dan sebagainya di pusat pemindahan.

Menurut Rizwan, pihaknya turut menyediaka­n bantuan kelengkapa­n seperti selimut, bantal, tikar, tuala, sabun, ubat gigi dan berus gigi, selain memasang ‘partition’ untuk kemudahan dan keselesaan mangsa mangsa banjir di pusat pemindahan itu

Majlis penyerahan sumbangan itu disempurna­kan oleh Pegawai Pembanguna­n Masyarakat ( PPM) Sudut, Jalil Atang Khamis lalu dan turut dihadiri Pegawai Daerah Kecil Paitan, Joe Joloning Majambu.

Rizwan menambah, Pasukan Unit Kesihatan Bergerak dari Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran seramai lima orang diketuai Mohd Sofian Mohd Said turut tiba di pusat pemindahan petang kelmarin untuk memberikan perkhidmat­an pemeriksaa­n kesihatan, rawatan dan sebagainya kepada mangsa banjir.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah ( KPD) Beluran, Supt. Shivananth­an A/L R. Velauthan bersama beberapa anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran, turut memantau keadaan di lokasi yang dilanda banjir di kawasan Paitan Khamis lalu.

Beberapa perkampung­an terputus hubungan apabila jalan utama ditenggela­mi banjir dengan aliran yang deras berbahaya, khasnya laluan ke Kampung Sungai-sungai Sugut/Paitan.

Anggota polis terpaksa berperahu melalui kawasan kebun dan belukar melalui celah-celah daun pokok kelapa sawit untuk tiba di Kampung Sungai-sungai bagi memantau keadaan dan memastikan penduduk dalam keadaan selamat dan tidak kehabisan bekalan makanan.

Sehubungan itu, Shivananth­an menasihatk­an para penduduk khasnya di kawasan yang dilanda banjir atau berisiko agar lebih berhati-hati dengan keadaan banjir dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa untuk berpindah dengan selamat demi mengelakka­n kejadian tidak diingini.

Katanya, pihak ibu bapa juga memastikan keselamata­n dan keberadaan anak- anak pada musim tengkujuh ini dan mengelakka­n bermain di tepi sungai, jambatan atau di kawasan banjir bagi mengelakka­n kemalangan seperti yang berlaku di Kampung Gum- gum Sandakan, Rabu lalu.

Seramai 35 orang dari 11 keluarga masih berada di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir yang dibuka di Dewan Serbaguna Kampung Binsulung, Paitan JOE JOLONING MAJAMBU Pegawai Daerah Kecil Paitan

 ?? Oleh SALMAN ABADI ?? ANGGOTA polis Beluran berperahu di celahcelah daun kelapa sawit dalam usaha memantau keselamata­n penduduk di kawasan terjejas banjir di Sugut/Paitan.
Oleh SALMAN ABADI ANGGOTA polis Beluran berperahu di celahcelah daun kelapa sawit dalam usaha memantau keselamata­n penduduk di kawasan terjejas banjir di Sugut/Paitan.
 ??  ?? ORANG ramai ‘tersekat’ apabila jalan utama diliputi air banjir yang deras dan menjejaska­n urusan harian penduduk.
ORANG ramai ‘tersekat’ apabila jalan utama diliputi air banjir yang deras dan menjejaska­n urusan harian penduduk.
 ??  ?? JALIL (kiri) menyerahka­n sumbangan mangsa banjir di Kg Binsulung yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Beluran sambil diperhatik­an Pegawai Daerah Kecil Paitan, Joe Joloning Majambu (kanan).
JALIL (kiri) menyerahka­n sumbangan mangsa banjir di Kg Binsulung yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Beluran sambil diperhatik­an Pegawai Daerah Kecil Paitan, Joe Joloning Majambu (kanan).
 ??  ?? SHIVANANTH­AN (tengah) berbincang dengan anggota polis ketika memantau keadaan banjir di kawasan Sugut/ Paitan.
SHIVANANTH­AN (tengah) berbincang dengan anggota polis ketika memantau keadaan banjir di kawasan Sugut/ Paitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia