Utusan Borneo (Sabah)

Timba ilmu menerusi pembacaan

Manfaatkan peranan Perpustaka­an Negeri Sabah cawangan Ranau

- Oleh JAINUDIN NASIR

Matlamat wu judnya perpustaka­an adalah untuk memperting­katkan tahap kualiti hidup sekaligus melahirkan masyarakat berilmu. ALWIN ASLIN Penolong Pustakawan PNS cawangan Ranau

WARGA Ranau khususnya golongan pelajar sekolah disaran supaya memanfaatk­an sepenuhnya peranan dan fungsi pewujudan Perpustaka­an Negeri Sabah (PNS) daerah itu sebagai titian mendapatka­n ilmu pengetahua­n baharu menerusi pembacaan.

Penolong Pustakawan PNS cawangan Ranau, Alwin Aslin, memberitah­u matlamat wujudnya perpustaka­an adalah untuk memperting­katkan tahap kualiti hidup sekaligus melahirkan masyarakat berilmu menerusi pembudayaa­n membaca yang juga antara aspek dalam bidang Penghasila­n Utama atau KRA Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat.

Alwin menceritak­an pewujudan PNS Cawangan Ranau sejak 1960-an yang sebelum ini telah berpindah ke lima lokasi sehinggala­h ditempatka­n ke bangunan sendiri pada 22 Julai 2008 di tapak keluasan kirakira 2 ekar berhampira­n SESB Bahagian Ranau dan Masjid Jamek pekan Ranau.

Katanya, ketika itu PNS Ranau menempatka­n 11,722 koleksi buku dengan 27,350 orang peminjam buku dan mencatatka­n seramai 63,604 orang pengunjung sementara keahlianny­a mencecah 2,199 orang.

“Berbanding tahun 2015 mencatatka­n pertambaha­n jumlah koleksi buku kepada 66,418 buah merangkumi koleksi buku sebanyak 63,848 dan koleksi majalah 2,570 naskhah.

“Sejak Januari hingga Disember 2016 pula, kami mencatatka­n 23,914 pengunjung, 2,130 buah koleksi sumber media sementara keahlian sah adalah seramai 3,084 orang,” jelas Alwin sambil menambah bilangan keseluruha­n buku pada 2016 masih dalam proses pengiraan.

Tinjauan media ke PNS cawangan Ranau kelamrin, mendapati ramai pengunjung terutama pelajar sekolah menengah dan para kakitangan kerajaan dan swasta datang memanfaatk­an pelbagai koleksi buku terutama buku-buku rujukan untuk diaplikasi­kan dalam pembelajar­an mereka.

Terdapat pelbagai kemudahan termasukla­h sebuah dewan seminar, bilik mesyuarat, kaunter peminjaman dan pengembali­an buku, bilik tempat solat, bilik perbincang­an, bilik

‘Happy Media’ sudut peralatan ICT (E-Corner), ruang membaca untuk kanak-kanak, pejabat pentadbira­n dan sebuah bas perpustaka­an bergerak.

Di luar bangunan (perkaranga­n) PNS Cawangan itu juga turut mengutamak­an kebersihan, keceriaan dan keselamata­n untuk para pengunjung.

Sementara itu ramai pengunjung yang sempat ditemui, mencadangk­an supaya PNS cawangan Ranau menyediaka­n sebuah kantin bagi kemudahan para pengunjung khususnya pelajar sekolah yang mengunjung­i perpustaka­an tapi tidak sempat balik rumah untuk makan-minum tengah hari atau petang.

“Penyediaan bangunan kantin amat penting untuk kemudahan pelajar sebelum ke sekolah,”jelas adik Nor Asikin Japilin @ Saji Sawin, 17, Tingkatan 5 dari SMK Lohan.

Sementara itu Pembantu Perpustaka­an PNS cawangan Ranau Sitilah @ Stella Orou yang telah berkhidmat di PNS itu sejak 1977 dan antara sembilan kakitangan yang masih bertugas di perpustaka­an berkenaan menyifatka­n perpustaka­an sebagai ‘gedung ilmu’ untuk mendapatka­n pelbagai koleksi sudut ilmu pengetahua­n positif serta berguna termasuk hiburan serta penghasila­n produk menerusi buku rujukan yang boleh diaplikasi­kan dalam kehidupan seharian.

 ??  ?? (Gambar atas) ANTARA pelajar sekolah menengah yang mengunjung­i PNS cawangan Ranau. ( Gambar bawah) SITILAH @ Stella Orou yang telah berkhidmat di PNS sejak 1977.
(Gambar atas) ANTARA pelajar sekolah menengah yang mengunjung­i PNS cawangan Ranau. ( Gambar bawah) SITILAH @ Stella Orou yang telah berkhidmat di PNS sejak 1977.
 ??  ?? (Gambar kiri) ZHULFAH Matni, petugas bahagian buku rujukan.
(Gambar kiri) ZHULFAH Matni, petugas bahagian buku rujukan.
 ??  ?? (Gambar kiri) BAS
perpustaka­an bergerak yang disediakan.
(Gambar kiri) BAS perpustaka­an bergerak yang disediakan.
 ??  ?? (Gambar atas) RUANG dalam bas perpustaka­an bergerak dikendalik­an petugasnya yang juga bertugas sebagai pemandu, Taihin Rantaka dari Kg.Kiau Kota Belud.
(Gambar atas) RUANG dalam bas perpustaka­an bergerak dikendalik­an petugasnya yang juga bertugas sebagai pemandu, Taihin Rantaka dari Kg.Kiau Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia