Utusan Borneo (Sabah)

Nicole Kidman hayati cerita anak angkat dalam ‘Lion’

-

BINTANG filem Australia Nicole Kidman berkata pengalaman­nya sebagai seorang ibu kepada dua anak angkat bermaksud dia berkait rapat dengan karakterny­a dalam filem ‘Lion’, yang dilihat sebagai salah satu filem pilihan Oscar.

Filem arahan Garth Davis itu mengisahka­n tentang seorang pemuda dari India yang dijadikan anak angkat oleh satu keluarga Australia yang mencari keluarga kandungnya yang telah lama terpisah dengan menggunaka­n Google Earth.

Baru-baru ini, filem ‘Lion’ mendapat pencalonan Anugerah Golden Globe untuk filem drama terbaik walaupun terpaksa kalah di tangan ‘Moonlight’.

Filem itu juga turut mendapat pencalonan dalam kategori pelakon pembantu terbaik untuk Kidman dan Dev Patel, dengan pasangan itu sekali lagi memperoleh­i pencalonan untuk kategori yang sama di anugerah Screen Actors Guild yang ke-23.

Kidman mempunyai dua orang anak angkat bersama bekas suaminya Tom Cruise -- Isabella dan Connor -dan berkata dia segera merasakan satu hubungan dengan wanita yang dia gambarkan, Sue Brierley yang menjaga Saroo, dimainkan oleh Patel.

“Dia (Sue Brierley) datang ke Sydney dan kami hanya duduk dalam pangsapuri saya ... dan mula bercakap,” kata Kidman memberitah­u Australian Broadcasti­ng Corporatio­n sebelum tayangan perdana filem itu di Australia baru-baru ini.

“Saya memberitah­u dia banyak tentang diri saya, dan ia hampir seperti dia sudah tahu kesemuanya, dan ia bukan perkara yang telah saya perkatakan secara terbuka, tetapi tentang sensasi dan perasaan,” katanya.

Kidman berkata menjadi seorang ibu angkat membantu dia memahami apa yang dilalui oleh Brierley.

“Kami mempunyai cara-cara yang sama yang membuatkan kami mahu mengambil anak angkat,” kata Kidman.

“Saya sekadar merasa sejak saya muda lagi yang saya akan mengambil anak angkat. Apa yang saya lalui tidaklah benar-benar serupa apa yang Sue lalui, tetapi agak sama, dan kami berdua memastikan ia berlaku dan itulah yang pelik sebenarnya.” Kidman, yang juga mempunyai dua anak perempuan dengan suaminya, bintang muzik country Keith Urban, menambah bahawa mendapatka­n peranan itu seperti satu takdir yang seakan telah dirancang lama.

Anugerah Oscar yang ke-89 akan diadakan di Los Angeles pada 26 Februari.

— AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia