Utusan Borneo (Sabah)

Era ‘chaebol’ di Korea Selatan kian sirna

Dicemari skandal rasuah dan penyelewen­gan

-

FIRMA-FIRMA perindustr­ian utama begitu terpaut dengan kuasa di Korea Selatan sehinggaka­n rakyatnya berlawak mereka hidup dalam ‘Republik Samsung’.

Sekarang, jantung republik itu berada dalam pusaran ribut politik.

Konglomera­t yang dijalankan keluarga itu masih bergelut dengan impak penarik balik telefon pintar Galaxy Note 7 pada tahun lepas, ketua keluarga pula terlantar tenat, dan pendakwa raya berusaha mendapatka­n penahanan anak lelakinya yang juga waris tunggal atas dakwaan rasuah, pecah amanah dan sumpah bohong.

Tatkala Lee Jae-Yong muncul daripada sesi maraton soal siasat 22 jam minggu lepas, senyuman tegangnya yang tidak berubah langsung tidak mendedahka­n apa-apa, menggarisk­an ciri kepimpinan tidak telus gergasi elektronik itu.

“Terdapat persepsi meluas bahawa keluarga Lee tidak tertakluk kepada undang-undang.

“Ramai rakyat Korea Selatan berharap pendakwa raya yang menyiasat kes tersebut akan membuktika­n sebaliknya,” kata Shim Jung-Taik, penulis beberapa buku mengenai Samsung dan budaya korporatny­a.

Samsung yang mempunyai pulangan pendapatan menyamai satu perlima KDNK Korea Selatan, adalah antara beberapa konglomera­t gergasi yang dikenali sebagai ‘chaebol’ yang mendominas­i landskap ekonomi negara tersebut.

‘Chaebol’ disanjungi sebagai jentera pertumbuha­n yang diarahkan kerajaan di Seoul pada tahun 1970-an dan 1980-an, sekali gus mengeluark­an negara yang dicengkam perang itu daripada kancah kemiskinan.

Tetapi pengkritik menyifatka­n keluarga pengasas ‘chaebol’ ini tidak menjalanka­n syarikat mereka sebagai firma global se- baliknya lebih kepada pemerintah­an peribadi yang menikmati hubungan yang amat erat dengan kerajaan.

Apabila berjuta-juta orang membanjiri jalan raya menuntut pengundura­n Presiden Park Geun-Hye yang telah didakwa dalam skandal rasuah terbaharu, mereka turut menuntut pihak yang memberi rasuah untuk dipertangg­ungjawabka­n.

“Rapat umum jalanan pada skala yang tidak pernah dilihat sebelum ini ternyata meyakinkan para penggubal undang-undang dan pendakwa raya bahawa mereka tidak lagi boleh membiarkan kemarahan awam terhadap budaya rasuah korporat,” kata Shim kepada koresponde­n Jung Ha-Won di Seoul, semalam.

Lee, naib pengerusi subsidiari utama Samsung Electronic­s, dipanggil berhubung tuduhan merasuah orang kepercayaa­n Park, Choi Soon-Sil, dengan dana hampir AS$40 juta untuk meraih kelebihan polisi.

Jika disabitkan, beliau berdepan hukuman penjara beberapa tahun tetapi ahli perniagaan berkuasa sebelum ini bertemu nasib lebih baik di mahkamah Korea Selatan.

BAPA BOREK, ANAK RINTIK

Bapa Lee sendiri, ketua keluarga Samsung sejak sekian lama Lee Kun-Hee, yang bertanggun­gjawab mengubah syarikat pengeluara­n tidak terkenal suatu ketika dahulu menjadi gedung kuasa global, didapati bersalah pada 1996 kerana merasuah bekas presiden Roh Tae-Woo.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara tertangguh tetapi menerima pengampuna­n presiden setahun kemudian.

Kun-Hee disabitkan mengelak cukai dan pecah amanah pada 2008 kerana mewujudkan tabung rasuah rahsia bernilai berbilion dolar, sekali lagi menerima hukuman penjara tertangguh dan satu lagi pengampuna­n presiden.

Keluarga Lee memiliki secara langsung cuma lima peratus saham Samsung tetapi mengawal kumpulan itu melalui jaring rumit pemilikan saham merentasi subsidiari kumpulan.

Samsung didakwa merasuah Choi untuk mendapatka­n kelulusan kerajaan bagi penggabung­an kontrovers­i dua unit Samsung pada 2015, yang dilihat sebagai langkah penting bagi menjamin pewarisan lancar bagi Lee.

Ramai pelabur luaran menentang perjanjian itu kerana ia sengaja men- gurangkan nilai salah satu firma yang terlibat.

Tetapi ia diteruskan selepas tabung pencen negara di Seoul mengundi memihaknya.

“Ketiadaan ketelusan adalah kelemahan terbesar Samsung yang memudahkan­nya menjadi kritikan luar atau berdepan tekanan politik untuk menawarkan rasuah,” kata Kim Sang-Jo, profesor ekonomi Universiti Hansung.

Krisis memburukka­n lagi situasi Lee, 48, yang bergelut untuk membuktika­n beliau layak mengambil alih firma tersebut daripada bapanya yang kini terlantar sakit.

Penarikan balik tahun lepas Galaxy Note 7, di mana pengeluar utama dunia telefon pintar itu dipaksa membatalka­n jualan telefon utamanya ekoran masalah bateri meletup, menjejaska­n prestasi Lee yang baharu meningkat.

Dua adik perempuan Lee khususnya Lee Boo-Jin, 46, yang mengetuai perniagaan hotel kumpulan tersebut yang pantas membangun, terbukti merupakan pengurus yang lebih berkeupaya­an, tatkala sesetengah pengkritik mencadangk­an Lee mempunyai ‘sentuhan Minus’ selepas beberapa projek kesayangan­nya gagal begitu sahaja.

Ketiadaan Lee mungkin mempunyai impak terhad ke atas operasi harian Samsung, di mana setiap unit mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) masing-masing dan keseluruha­n strategi perniagaan ditetapkan oleh pasukan elit eksekutif di Pejabat Strategi Masa Depan.

Namun dalam jangka masa panjang, masa depan Samsung bergantung kepada reformasi struktur pemerintah­annya yang masih berada di takuk lama, menurut Kim sambil menambah, Lee dilihat tidak keberatan mendengar ulasan pengkritik berbanding bapanya.

Kumpulan itu berkata tahun lepas bahawa mereka mempertimb­ang membahagik­an Samsung Electronic­s kepada dua unit, seperti mana yang dicadangka­n ramai pengkritik termasuk tabung modal sokongan aktivis Amerika Syarikat (AS) Elliot Management.

“Samsung perlu mendapat pengajaran daripada keseluruha­n krisis ini bahawa ia harus mereka semula dirinya sebagai sebuah entiti global sejati yang telus tanpa mengira sama ada Lee Jae-Yong dipenjarak­an atau tidak,” tegas Kim. — AFP

 ??  ?? LEE (tengah) tiba untuk disoal sebagai suspek skandal rasuah di pejabat peguam bebas di Seoul baru-baru ini. — Gambar AFP
LEE (tengah) tiba untuk disoal sebagai suspek skandal rasuah di pejabat peguam bebas di Seoul baru-baru ini. — Gambar AFP
 ??  ?? TELEFON pintar Galaxy Note 7 yang ditarik balik ditunjukka­n di ibu pejabat syarikat di Seoul, baru-baru ini. — Gambar Reuters
TELEFON pintar Galaxy Note 7 yang ditarik balik ditunjukka­n di ibu pejabat syarikat di Seoul, baru-baru ini. — Gambar Reuters
 ??  ?? CHOI tiba untuk pendengara­n hujah bagi perbicaraa­n pendakwaan Park di Mahkamah Perlembaga­an di Seoul. — Gambar Reuters
CHOI tiba untuk pendengara­n hujah bagi perbicaraa­n pendakwaan Park di Mahkamah Perlembaga­an di Seoul. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia