Utusan Borneo (Sabah)

TIGA KREW KAPAL HILANG

Polis tunggu maklumat polis Filipina sahkan status

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PAPAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak berkuasa Filipina tentang status tiga orang krew kapal yang hilang di antara perairan Baguan dan Pulau Taganak, Filipina petang Khamis lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya kini masih berhubung dengan rakan sekerja di Filipina bagi mendapatka­n maklumat lanjut berkenaan status tiga krew berbangsa Bugis Indonesia.

“Kita harap rakan kita di seberang akan memberikan maklumat sahih secepatnya bagi mengenalpa­sti keadaan sebenar serta lokasi tiga mangsa yang hilang di peraian berkenaan,” katanya pada sidang media semasa Lawatan Kerja di Pusat Gerakan Am (PGA) Kinarut, di sini kelmarin.

Ketika ditanya sama ada krew kapal diculik atau sebaliknya beliau belum mengesahka­n sebarang kata putus berikutan pihaknya masih tidak menerima apa-apa maklumat daripada polis Filipina.

“Ketika ditemui bot terbabit tidak menunjukka­n ciri-ciri dirampas dan semua peralatan bot termasuk enjin masih terpasang pada bot terbabit.

“Oleh kerana kejadian berlaku di kawasan luar sempadan negara kita, kita masih menunggu pengesahan sebenar kejadian dan perkembang­an kejadian lanjut.

“Tambahan pula kita belum menerima apa-apa panggilan daripada mana-mana pihak untuk meminta wang tebusan atau memaklumka­n keadaan krew yang hilang,” katanya.

Kira-kira jam 3.15 petang Khamis lalu Komander Esscom Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid menerima maklumat sebuah kapal nelayan ditemui terapung dalam keadaan enjin masih hidup tanpa sebarang krew.

Kapal nelayan itu berdaftar di Sabah ( BN838/ 4/ F) kemudianny­a ditunda oleh pasukan keselamata­n Filipina ke Taganak Filipina, manakala tiga krew berbangsa Bugis Indonesia dilaporkan hilang tanpa sebarang maklumat.

Mengulas lanjut Khalid berkata, pihaknya sudah memberikan nasihat tegas kepada pihak nelayan setiap masa untuk tidak menyeberan­gi sempadan perairan negara kita.

“Perkara ini bagaimanap­un masih berlaku dan pada masa sama kegiatan nelayan keluar dari sempadan negara akan mengancam nyawa serta keselamata­n mereka.

“Pihak Pesuruhjay­a Polis Sabah juga akan menjalanka­n dialog bersama pihak nelayan dan penguasa bot serta terus memberikan nasihat agar tidak melangkau sempadan perairan negara dalam kegiatan menangkap ikan,” katanya.

Tambahnya pihak berkuasa Filipina juga turut akan mengambil tindakan kepada nelayan yang bertindak keluar dari sempadan perairan negara.

“Ketika ditemui bot terbabit tidak menunjukka­n ciri-ciri dirampas dan semua peralatan bot termasuk enjin masih terpasang terbabit.” pada bot TAN SRI KHALID ABU BAKAR Ketua Polis Negara

 ?? -GambarBern­ama ?? TERBAIK!: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menunjukka­n isyarat bagus ketika disambut masyarakat suku kaum Murut ketika tiba merasmikan program Menghubung Menyatu dan Program Dasboard Komuniti Dan Keusahawan­an (DAKU) di...
-GambarBern­ama TERBAIK!: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menunjukka­n isyarat bagus ketika disambut masyarakat suku kaum Murut ketika tiba merasmikan program Menghubung Menyatu dan Program Dasboard Komuniti Dan Keusahawan­an (DAKU) di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia