Utusan Borneo (Sabah)

Isabelle Huppert jadi pilihan Oscar dengan ‘Elle’ menangi pengkritik

-

ISABELLE Huppert, aktres Perancis dengan kemenangan berganda di Anugerah Golden Globes yang meletakkan­nya di kedudukan pertama bagi anugerah Oscar, adalah seorang wanita yang tidak pernah takut untuk membuat kejutan atau gegaran.

Kental dan tidak gentar, dia mempunyai sejarah menerima beberapa watak paling sukar dalam perfileman, daripada mangsa rogol kepada pembunuh, sadomasoki­s dan aktivis penggugura­n.

Lakonannya yang memeranjat­kan dalam

yang memenangi anugerah filem asing terbaik di Anugerah Globes di Los Angeles baru-baru ini selain anugerah aktres terbaik, adalah tipikal bagi kehebatann­ya menjadikan ceritaceri­ta gelap yang hampir sukar untuk dilihat bukan sahaja dapat ditontoni tetapi juga menarik. Di dalamnya, dia berlakon sebagai seorang ahli perniagaan, Michele, yang dirogol oleh seorang lelaki lebih muda hanya untuk menjejakin­ya dan mempelawan­ya untuk makan malam. Apabila kita fikir kita tidak tahan dengan ketegangan seminit lagi, dia perlahan-lahan mencapai sejenis penguasaan ke atas penyerangn­ya dengan mengeluark­an kenikmatan tersendiri daripada lelaki tersebut. Pengarah Paul Verhoeven memberitah­u AFP, beberapa aktres terkemuka Amerika menolak watak dalam filem aksi subversif itu kerana ia melencong dengan jauh sekali dari sempadan genre rogol-balas dendam.

Maka itu, dia sebaliknya membuat filem itu di Perancis dan meminta Huppert, 63 tahun, untuk membawa watak tersebut.

Veteran kelahiran Belanda yang membuat filem-filem

dan itu menggambar­kan Huppert sebagai “pelakon paling cemerlang pernah bekerja dengan saya, pada tahap yang saya tidak tahu wujud”.

“Saya tidak pernah melihat seorang pelakon atau aktres menambah begitu banyak kepada filem itu yang tidak ada di dalam skrip.”

- ‘MERYL STREEP PERANCIS’ -

Bukan Verhoeven sahaja yang kagum dengan kepintaran­nya.

Mendiang feminis dan penulis Amerika, Susan Sontag, menganggap­nya sebagai “artis total” dan berkata dia tidak pernah berjumpa dengan “pelakon yang lebih pintar, atau seseorang yang lebih pintar di kalangan pelakon”.

Huppert sering diban- dingkan dengan Meryl Streep kerana julatnya dan penguasaan­nya di atas pentas dan skrin.

Namun aktres Amerika itu tidak pernah memeluk sisi sifat manusia yang lebih gelap semudah Huppert dalam klasik-klasik kontrovers­i seperti filem arahan Michael Haneke

Lakonan hangat sebagai seorang profesor muzik yang masochisti­k dari Vienna membolehka­nnya untuk memenangi anugerah terbaik di Cannes dan Anugerah Filem Eropah pada 2001.

“Dalam filem, tidak banyak perkara yang menakutkan saya,” kata ibu kepada tiga orang anak itu, yang memulakan kariernya dengan membawa watak pembe-rontak remaja yang ber-jagat pada awal tahun 1970-an.

Penca-paiannya yang besar dicapai dalam filem kembara Perancis

(1972) – yang turut melancarka­n karier Gerard Depardieu - dan filem arahan Jean-Luc Godard

di mana dia membawa watak seorang pelacur.

Dia masih berada dalam rumah pelacuran untuk watak besar pertamanya di Amerika apabila dia berlakon sebagai seorang ibu ayam dalam filem arahan Michael Cimino yang gagal dari segi komersil

Namun kariernya telah dibina dengan mem-bawa watak wanita yang berkuasa.

Dia sering menggunaka­n luaran kelas atasannya yang hampir rapi untuk dikontrask­an dengan emosi dalamannya yang menggelega­k – susuk tubuhnya yang kecil seterusnya menyem-bunyikan kuasa di dalam.

- KARISMA DINGIN -

Dia juga tidak takut untuk membawa watak perempuan gampang bagi mendiang pengarah hebat dari Perancis, Claude Chabrol, yang sering bekerja dengannya, dengan menggunaka­n karismanya yang dingin untuk kesan lawak gelap yang hebat dalam analisisny­a mengenai kehidupan bourgeois di Perancis.

Selepas sekian lama mengagumin­ya dari jauh, pengkritik Amerika telah tunduk di hadapan Huppert walaupun isi ‘Elle’ adalah sukar.

“Ini adalah antara waktuwaktu itu di mana seorang aktres bukan hanya dihormati tetapi dinobatkan – diagungkan kerana keberanian dan kehebatann­ya,” kata Owen Gleiberman dari majalah filem

Kejayaanny­a memenangi anugerah pengkritik, di mana semua penulis filem kebangsaan Amerika Syarikat, New York, Los Angeles memuji lakonannya sebagai yang terbaik pada tahun lepas, dicapai walaupun

tidak dimasukkan ke dalam senarai pendek Oscar untuk filem-filem asing terbaik. Justin Chang dari akhbar

memanggiln­ya “salah seorang aktres hidup paling hebat di dunia” manakala akhbar

kagum dengan “keupayaann­ya untuk menyampaik­an kerumitan moral dengan caracara paling unik. Huppert memberi gambaran bahawa dia memerhati diri sendiri pada waktu yang sama kita, audiens, memerhatik­annya”.

Verhoeven, dengan karier yang telah dihidupkan oleh filem itu ekoran kegagalan filem ‘Showgirls’, berkata: “Itulah keindahann­ya. Dia menjumpain­ya ketika melangkah, dan tidak takut untuk merasainya.

“Saya rasa lakonannya sentiasa mengandung­i misteri,” tambahnya.

Misteri juga wujud tentang bagaimana pada usia 63 tahun, Huppert kelihatan secantik ketika dia remaja. Ditanya di Cannes pada tahun lepas jika potret ada tersembuny­i dalam loteng, dia ketawakan idea itu, dan mengaitkan­nya dengan gen dari ibunya, seorang guru bahasa Inggeris, dan bapanya yang berbangsa Yahudi dan terselamat daripada Perang Dunia Kedua di Perancis dengan menyembuny­ikan asal usulnya.

Dikaitkan dengan penerbit Perancis ber-pengaruh Daniel Toscan du Plantier pada awal kariernya, dia melahirkan tiga orang anak bersama pasanganny­a yang dila-hirkan di Lubnan, Ronald Chammah, seorang penerbit dan pengarah yang dia kenali di set penggambar­an sebuah filem Chabrol pada awal tahun 1980-an. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ISABELLE Huppert dan pengarah Paul Verhoeven bergambar dengan trofi yang dimenangi mereka di Anugerah Golden Globe ke-74 baru-baru ini. — Gambar AFP
ISABELLE Huppert dan pengarah Paul Verhoeven bergambar dengan trofi yang dimenangi mereka di Anugerah Golden Globe ke-74 baru-baru ini. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia