Utusan Borneo (Sabah)

Gerrard kembali ke Liverpool sebagai jurulatih akademi

-

LONDON: Legenda Liverpool Steven Gerrard akan kembali untuk menjadi jurulatih di akademi mereka pada bulan depan, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu kelmarin.

Gerrard telah diramal akan menyertai kakitangan kejurulati­han Anfield selepas dia membuat keputusan untuk meninggalk­an LA Galaxy selepas 18 bulan bersama pasukan MLS itu.

Pemain berusia 36 tahun itu, yang melakukan 710 penampilan untuk Liverpool sebelum dia menyertai Galaxy pada 2015, akan memainkan peranan sepenuh masa di kompleks belia Kirkby milik pasukan The Reds bermula Februari nanti.

Gerrard yang dilahirkan di Merseyside menghabisk­an masa selama 17 tahun bersama Liverpool selepas dia lulus dari akademi tersebut, menjadi kapten pasukan tempatanny­a untuk memenangi Liga JuaraJuara pada 2005 dan kejayaan Piala FA setahun kemudian.

“Ia rasa seperti melengkapk­an satu bulatan; kembali ke tempat di mana segalanya bermula dari segi profesiona­l. Bagaimanap­un ini bukan satu keputusan yang dibuat berdasarka­n emosi – ia adalah mengenai apa yang saya dapat tawarkan dan sumbangkan kepada Liverpool,” kata Gerrard, yang turut memenangi Piala UEFA dan tiga Piala Liga dalam kariernya yang gilanggemi­lang di Liverpool.

“Saya rasa saya tidak perlu menjelaska­n kepada orang apa makna kelab bola sepak ini kepada saya, tetapi apabila saya tahu bahawa kepulangan adalah satu pilihan yang serius, saya mahu memastikan ia adalah satu peranan yang substantif dan peranan di mana saya dapat benar-benar membantu organisasi ini.

“Selepas pertemuan dengan ( pengarah akademi) Alex Inglethorp­e, melihat kerja yang mereka buat sekarang dan mahu buat pada masa depan di Kirkby, ia rasa tepat sekali. Pilihan yang tepat pada waktu yang tepat, bagi semua pihak yang terlibat.

“Ini memberi saya satu peluang yang hebat untuk belajar dan berkembang sebagai seorang jurulatih, dan pada waktu yang sama menyumbang pengetahua­n, idea dan pengalaman saya kepada pemain muda pada waktu yang penting dalam perkembang­an mereka.”

Gerrard ingin sekali menceburi bidang kejurulati­han selepas dia menggantun­g kasut butnya dan pengurus Liverpool Jurgen Klopp sentiasa kelihatan terbuka kepada kepulangan­nya ke Anfield dalam kapasiti tertentu.

Bekas pemain England itu kelihatan di beberapa perlawanan yang membabitka­n kelab lamanya baru-baru ini dan, selepas menolak peluang untuk menceburi bidang pengurusan bersama kelab divisyen ketiga Milton Keynes Dons pada November lalu, Gerrard memilih untuk memulakan perantisan kejurulati­hannya dalam persekitar­an yang dikenaliny­a. - AFP

 ??  ??
 ??  ?? GERRARD
GERRARD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia