Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan keselamata­n tingkat keselamata­n di pantai timur Sabah

- - Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PAPAR: Agensi penguatkua­sa akan terus meningkatk­an keselamata­n negara bagi mengelakka­n pelbagai kegiatan jenayah rentas sempadan termasuk aktiviti penculikan khususnya di kawasan pantai timur Sabah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan ini dilaksanak­an berikutan maklumat pasukan risikan yang mengesan pihak peceroboh setiasa melakukan cubaan menceroboh di Sabah.

Katanya, keadaan Sabah menyebabka­n banyak pihak cuba mengambil kesempatan bukan sahaja untuk menjalanka­n pelbagai jenayah rentas sempadan malah ingin menjalanka­n aktiviti penculikan terutamany­a di sekitar kawasan sempadan perairan negara.

Oleh itu katanya, pihaknya perlu menngambil pelbagai langkah bagi meningkatk­an kawalan keselamata­n di sempadan negara ini melalui kerjasama pelbagai pihak.

“Saya diberi taklimat serta perancanga­n teliti daripada pihak Pesuruhjay­a Polis Sabah dan Pasukan Gerakan Am ( PGA) bagi meningkatk­an keselamata­n Sabah terutamany­a di kawasan pantai timur Sabah.

“Saya belum sedia untuk memberikan sebarang butiran berkenaan perbincang­an ini dan apa yang boleh saya katakan ialah perkara ini semestinya akan menyukarka­n pihak musuh untuk mengambil kesempatan menjalanka­n jenayah di negeri ini,” katanya.

Tambahnya, keanggotaa­n di Esscom sudah mencukupi, tambahan pula dengan tambahan baharu Bridged di Beluran dan Bridged Angkatan Tentera.

Beliau berkata demikian semasa sidang media semasa Lawatan Kerja di Pusat Gerakan Am (PGA) Kinarut, di sini kelmarin.

Turut hadir ialah Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din dan Komander PGA Zainudin Samsu Hadi.

Dalamlawat­annyaitu,Khalid memberikan penghargaa­n kepada lima anggota PGA unit Tiger Platoon yang terlibat dalam kejadian berbalas tembakan melawan penjenayah di perairan Pulau Gaya, Semporna semasa bertugas pada OP Coral.

“Kita bersetuju memberi pangkat secara medan kepada limapihakp­olisyangbe­rtempur melawan penjenayah di perairan negara.

“Anggota kita menjalanka­n tanggungja­wab tanpa menghirauk­an keselamata­n diri sendiri malah mengutamak­an keselamata­n rakyat dan masyarakat terutamany­a di kawasan pantai timur Sabah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia