Utusan Borneo (Sabah)

Beralih kepada sektor perkhidmat­an

Jika Malaysia ingin capai status negara maju

-

KOTA KINABALU: Jika ingin melangkah ke fasa kemajuan ekonomi negara berpendapa­tan tinggi, Malaysia perlu memajukan sektor perkhidmat­an seperti yang dilakukan di kebanyakan negara maju lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Unit Perancang Ekonomi) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, Malaysia tidak boleh bergantung kepada sektor pembuatan semata- mata kerana sektor itu hanya menyediaka­n pekerjaan berpendapa­tan rendah.

“Kita boleh terus terperangk­ap dalam kenangan sektor pembuatan yang menyediaka­n pekerjaan berpendapa­tan rendah atau kita boleh bergerak ke hadapan untuk maju sebagai sebuah negara.

“Ia adalah pilihan kesemua rakyat Malaysia dan bukannya ditentukan oleh pilihan sesetengah individu seperti Tun Mahathir,” katanya ketika mengulas mengenai tindakan Tun Matahir Mohamad yang mengkritik tindakan Perdana Menteri berkenaan pelaburan terus asing (FDI).

Rahman berkata, pelaburan FDI perlu meliputi usaha memajukan sektor perkhidmat­an.

Di kebanyakan negara maju, industri perkhidmat­an menyumbang sehingga 80 peratus kepada sektor pekerjaan dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara terlibat.

Beliau menyifatka­n Tun Mahathir tenggelam dengan masa lampau dan tidak dapat menerima hakikat bahawa ekonomi dan keperluan Malaysia untuk terus maju kini sudah berbeza.

Kini, kerajaan berusaha memajukan sektor perkhidmat­an dalam usaha mengimbang­i ekonomi negara bermula pada 2009.

Jika dilihat Projek Forest City yang diserang Tun Mahathir berkali- kali menggunaka­n sentimen perkauman adalah contoh kepada FDI bagi sektor perkhidmat­an, katanya.

Beliau mengakui bahawa industri pembuatan kos rendah memainkan peranan yang besar ketika Malaysia beranjak dari ekonomi berasaskan pertanian kepada pembuatan.

“Namun, dalam keadaan ekonomi semasa di mana penggunaan tenaga penuh diperlukan, Malaysia terpaksa bergantung kepada pekerja warga asing bagi mengisi pekerjaan sektor pembuatan.

“Agak menghairan­kan, tiada pula rungutan daripada Tun Mahathir tentang kiriman wang pekerja warga asing yang memperliha­t pengaliran keluar wang dari Malaysia yang dianggarka­n berjumlah RM20 bilion setahun.

“Pengaliran keluar modal telah wujud sejak Malaysia membukaeko­nominyakep­ada dunia berdekad dahulu. Syarikat multinasio­nal yang membuka operasi mereka di Malaysia telah menghantar keluar keuntungan mereka dari pusat operasi di Malaysia ke ibu pejabat mereka di luar negara sejak 1980an.

“Selain pengaliran keluar wang melibatkan pekerja warga asing, terdapat juga pengaliran keluar perolehan daripada pelaburan sebanyak RM20 bilion setiap tahun sejak 1999. Ini bermakna syarikat milik asing di Malaysia telah menyalur keluar keuntungan dari pusat operasi mereka,” jelasnya dalam satu kenyataan ahkbar, di sini kelmarin.

Rahman berkata, sejak pentadbira­n Tun Mahathir lagi Malaysia pelabur asing menjadikan negara ini sebagai pusat operasi mereka.

Katanya, Tun Mahathir perlu memahami bahawa Malaysia telah keluar dari kepompong model ekonomi lama. Malaysia tidak lagi boleh bersaing berasaskan kepada sektor pembuatan kos rendah kerana ini bermakna kita akan berterusan merencatka­n laras gaji rakyat Malaysia dan pendapatan mereka.

Menurutnya, biaroun fokus kerajaan beralih dari industri pembuatan kepada industri berasaskan perkhidmat­an namun, sektor pembuatan tetap akan menerima aliran kemasukan FDI.

Katanya, pada 2015, daripada jumlah RM43.4 bilion FDI, hampir 40 peratus atau RM17.1 bilion FDI adalah bagi sektor pembuatan. Itu memberi kesimpulan Malaysia masih lagi menjadi tarikan kepada FDI untuk terus melabur dalam sektor pembuatan di sini.

Bagaimanap­un, pelaburan bagi sektor perkhidmat­an sejak 2009 telah melonjak daripada RM30 bilion kepada RM150 bilion pada 2014 dan RM115 bilion pada 2015.

Berkenaan FDI melalui jualan tanah kepada warga asing pula, Rahman menafikan perkara itu.

Jika dilihat, sejak 2012, Johor telah mengatasi Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri teratas menarik pelaburan bagi sektor pembuatan. Ini turut menyaksika­n pertumbuha­n yang ketara dalam pembanguna­n ekonomi Johor.

Rahman berkata, biarpun hal ehwal tanah terletak dibawah bidang kuasa kerajaan negeri namun, kerajaan Johor dan Kerajaan Persekutua­n tidak akan membenarka­n hak rakyat Malaysia, terutama penduduk Bumiputera dicerobohi.

“Ini adalah janji yang akan tetap dipegang kukuh. Kita juga tidak akan membenarka­n ahli politik menggunaka­n sentimen perkauman sebagai pertikaian untuk mensabotaj ekonomi negara ini dan meletakkan Johor serta Malaysia ke arah status negara pendapatan tinggi,” jelasnya.

Jika ingin melangkah ke fasa kemajuan ekonomi negara berpendapa­tan tinggi, Malaysia perlu memajukan sektor perkhidmat­an seperti yang dilakukan di kebanyakan negara maju lain. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia