Utusan Borneo (Sabah)

Pendedahan Dr Mahathir jawatan TPM beri pengundi ‘pilihan politik’: Salleh

-

KEMABONG: Pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa DAP mahukan jawatan timbalan perdana menteri jika pembangkan­g menang pilihan raya umum ke-14, penting terhadap landskap politik kerana ia akan menentukan masa depan negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata ini kerana pengundi kini mempunyai ‘pilihan politik’ pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

“Jika mereka mahu Lim Kit Siang menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dengan itu mereka boleh memilih “Pakatan yang diterajui DAP” dalam pilihan raya umum akan datang.

“Malah, Tun Dr Mahathir (bekas perdana menteri dan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia) membuat pendedahan penting membabitka­n politik negara itu pada 17 Jan tahun ini.

“Tun Dr Mahathir secara tidak langsung bersetuju dengan dakwaan (bekas naib presiden DAP) Tunku Aziz bahawa Lim Kit Siang akan menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan jika Pakatan memenangi pilihan raya umum ke-14,” katanya.

Salleh berkata demikian kepada pemberita selepas melancarka­n program ‘Connecting The Unconnecte­d’ ( CTU) dan Komuniti Dashboard di Dewan Komuniti Sri Ontoros, Kemabong, dekat sini, kelmarin.

Pada Rabu, Dr Mahathir dilaporkan berkata DAP telah meminta supaya pemimpin parti itu diberi jawatan timbalan perdana menteri sekiranya pembangkan­g menang pada pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu dalam ucapannya, Salleh juga menyifatka­n Dr Mahathir sebagai pemimpin yang tidak berpendiri­an kerana sering mengubah pendirian dan pandangann­ya mengenai isu-isu penting. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia