Utusan Borneo (Sabah)

Visa pelajar asing lulus dalam tempoh 14 hari: Ahmad Zahid

-

BAGAN DATUK: Tempoh kelulusan visa bagi pelajar asing di negara ini dipendekka­n daripada 30 hari kepada hanya 14 hari, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata perkara itu diputuskan semasa Mesyuarat Peringkat Tertinggi Mengenai Pengambila­n Pelajar Asing yang dipengerus­ikan beliau Khamis lalu.

Katanya 10 pegawai tambahan akan ditempatka­n di Jabatan Imigresen bagi memastikan kelancaran pengeluara­n visa mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.

“Sementara menunggu visa tersebut diluluskan, kerajaan akan mengeluark­an kad visa sementara untuk setiap permohonan daripada pelajar luar negara setelah nama mereka disemak dalam senarai syak Interpol.

“Untuk semakan kita menggunaka­n Sistem Saringan Pemeriksaa­n Penumpang ( APSS),” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaia­n bantuan persekolah­an dan hadiah kecemerlan­gan Ujian

Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sini, kelmarin.

Ahmad Zahid juga berkata kelewatan pemprosesa­n visa pelajar asing sehingga mencecah 30 hari ketika ini antaranya disebabkan masalah oleh Education Malaysia

Global Services (EMGS). “Kini terdapat sebanyak 4,000 permohonan visa pelajar asing yang tertunggak akibat kelembapan oleh EMGS sama ada di universiti awam atau swasta,” katanya.

EMGS ditubuhkan sebagai sebuah Syarikat Berhad Mengikut Jaminan (SBMJ) bukan berdasarka­n keuntungan yang diletakkan di bawah Kementeria­n Pendidikan Tinggi untuk menjalanka­n fungsi pemasaran, promosi dan pengurusan merekrut pelajar antarabang­sa ke Malaysia.

Menjelas lanjut, Ahmad Zahid berkata usaha mempercepa­tkan permohonan­visapelaja­rdibuat kerana kedatangan mereka ke negara ini menyumbang kepada ekonomi negara menerusi pertukaran wang asing sekurang- kurangnya RM5 bilion setahun. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia