Utusan Borneo (Sabah)

KPDNKK cadang perbanyak ‘repacker’

Mengurangk­an masalah kelewatan bekalan minyak masak

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an ( KPDNKK) bercadang untuk memperbany­akkan kilang pembungkus­an semula ( repacker) di kawasan Pantai Barat Sabah.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia adalah bagi mengurangk­an masalah kelewatan bekalan minyak masak ke kawasan berkenaan.

“Melalui tinjauan yang dibuat, bekalan minyak masak sepatutnya mencukupi, tetapi oleh kerana tempat-tempat yangjauhse­perti KotaKinaba­lu ini berjauhan daripada pembekal menyebabka­n bekalan ini lambat sampai kepada peruncit.

“Saya sedang berbincang dengan pengilang, cara bagaimana kita hendak mencari ‘ repacker’ di kawasan Kota Kinabalu supaya pengilang boleh memberikan minyak masak ini kepada mereka bagi memproses dan membekalka­n minyak masak di kawasan Pantai Barat Sabah.

“Maka, saya akan bekerjasam­a dengan Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid untuk memastikan bekalan minyak masak akan pulih kembali supaya tidak timbul lagi masalah kekurangan minyak masak di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada lawatan kerja barangan keerluan menjelang Tahun Baharu Cina 2017 di Pasaraya Servay Likas, kelmarin.

Jelasnya, berdasarka­n pengiraan KPDNKK, kuota minyak masak bagi negeri Sabah adalah mencukupi.

Sementara itu, Hamzah berkata, pada lawatan kerja berkenaan juga adalah bagi memastikan bekalan keperluan sempena Tahun Baharu Cina mencukupi.

“Selain itu juga, lawatan ini adalah untuk memastikan semua barangan yang telah saya umumkan untuk kawalan harga musim perayaan Tahun Baharu Cina ini dipatuhi.

“Saya tidak mahu peniaga menjual melebihi harga yang telah ditetapkan,” jelasnya.

Turut hadir pada lawatan berkenaan, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai.

Melalui tinjauan yang dibuat, bekalan minyak masak sepatutnya mencukupi, tetapi oleh kerana tempat-tempat yang jauh seperti Kota Kinabalu ini berjauhan daripada pembekal menyebabka­n bekalan ini lambat sampai kepada peruncit DATUK SERI HAMZAH ZAINUDIN Menteri PDNKK

 ??  ?? HAMZAH (tiga kanan) memberikan Limau Mandarin kepada pengunjung yang datang ke pasaraya berkenaan sambil diperhatik­an Jainab (dua kanan) dan Yeo (kanan).
HAMZAH (tiga kanan) memberikan Limau Mandarin kepada pengunjung yang datang ke pasaraya berkenaan sambil diperhatik­an Jainab (dua kanan) dan Yeo (kanan).
 ??  ?? HAMZAH (kanan) ketika ditemui media sambil menunjukka­n bekalan minyak masak berkenaan.
HAMZAH (kanan) ketika ditemui media sambil menunjukka­n bekalan minyak masak berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia