Utusan Borneo (Sabah)

Program Menghubung Menyatu pendekatan terbaik kerajaan temui rakyat

- PENERANGAN

KEMABONG: Program Menghubung Menyatu antara pendekatan terbaik kerajaan untuk memberi perkhidmat­an secara terus kepada penduduk luar bandar.

Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi berkata program turun padang yang dilaksanak­an oleh Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( KKMM) terutama ke kampung di pedalaman merupakan usaha yang amat baik selaras dengan hasrat Perdana Menteri.

“Pendekatan ini begitu baik kerana pada hari ini penduduk luar bandar juga perlu mendapatka­n informasi-informasi terkini.

“Aktiviti turun padang ini memberi keutamaan kepada kawasan luar bandar seiring hasrat kerajaan iaitu untuk membantu rakyat agar setiap yang telah dirancang oleh pucuk kepimpinan tidak disalah tafsir,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian program berkenaan di Kampung Tilis, pada Jumaat.

Beliau turut menyaranka­n agar aktiviti berkenaan diteruskan dari semasa ke semasa untuk membantu rakyat khususnya di luar bandar.

Jelas Raime, keharmonia­n dalam kampung adalah tunjang atau intipati utama yang menjadi ramuan terbaik untuk memastikan kehidupan mereka dalam keadaan yang saling membantu dan menghormat­i antara satu sama lain.

“Keadaan inilah yang menjadi pokok utama dan kita tidak mahu masyarakat kita terpengaru­h apabila dihidangka­n dengan maklumat-maklumat yang boleh menjadi kontrovers­i.

“Saya fikir rakyat di luar bandar tahu dan pandai menilai tentang antara yang baik dan tidak baik,” kata beliau.

Pada majlis itu juga, Timbalan Setiausaha Bahagian Teknologi Komunikasi KKMM Ahmad Norhad Zahari menyempurn­akan penyampaia­n touch point iaitu lima buah televisyen dan lima set NJOI kepada penduduk kampung di samping penyampaia­n hamper peralatan sekolah kepada para pelajar Sekolah Kebangsaan Tilis.

Pelbagai aktiviti disediakan yang disertai agensi seperti Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Penyiaran Malaysia ( RTM), Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM), Malaysian Digital Economy Corporatio­n ( MDEC), Pejabat Kesihatan Tenom, Seksyen Kesejahter­aan Rakyat ( ICU) Tenom, Jabatan Tenaga Kerja, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPNDKK) serta Polis DiRaja Malaysia (PDRM).-

 ??  ?? AHMAD NORHAD (empat dari kiri) menyampaik­an set tv dan NJOI kepada wakil penduduk kampung disaksikan oleh Raime (tengah).
AHMAD NORHAD (empat dari kiri) menyampaik­an set tv dan NJOI kepada wakil penduduk kampung disaksikan oleh Raime (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia