Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat Cina perlu terus bersatu sokong BN

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

SEMPORNA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bugaya, Datuk Ramlee Marhaban berkata hanya kerajaan Barisan Nasional ( BN) sahaja yang dapat membela keperluan dan kehendak masyarakat Cina di daerah ini.

Ini kerana pemimpin BN di Semporna begitu dekat dengan mereka dan amat memahami keperluan masyarakat Cina.

Antara keperluan paling penting bagi kaum itu, menurut Ramlee adalah mereka mahukan wakil rakyat yang lantang membela, menyuaraka­n keperluann­ya di peringkat negeri dan pusat.

“Sejak dulu lagi mereka menyokong kerajaan dalam apa juga program samada ekonomi dan perniagaan, mereka tampil memberi sokongan.

“Untuk itu saya berharap agar masyarakat Cina di daerah ini meneruskan sokongan ini,” katanya kepada media selepas merasmikan program

‘Community Policing’ dan kempen pencegahan jenayah sempena Tahun Baharu Cina 2017 di sini, kelmarin. Menurut beliau, meskipun jumlah masyarakat Cina di Semporna tidak lebih 2,000 orang, namun peranan dan tanggungja­wab mereka menjana ekonomi dan perniagaan di sini amat besar impaknya.

Katanya, ini turut merangsang ketibaan pelancong asing dari China selain dipengaruh­i faktor lain melalui dasar terbuka kerajaan.

Ramlee yang juga Pembantu Menteri Kewangan Negeri menyeru agar masyarakat Cina terus mengukuhka­n kerjasama dengan masyarakat lain bagi membantu pasukan keselamata­n dalam usaha membantera­s kegiatan jenayah di Semporna.

Ramlee berkata, kerjasama seluruh lapisan masyarakat adalah penting bagi mencapai sasaran ‘zero jenayah’ yang menjadi sasaran utama keselamata­n dapat direalisas­ikan di daerah ini.

“Ketika ini, polis termasuk Esscom yang menerajui pasukan keselamata­n lain, komited untuk menjaga keselamata­n daerah ini dan penting, komuniti juga turut menjaga Semporna ini supaya aktiviti seperti perdaganga­n dan pelanconga­n berjalan lancar,” katanya.

Menurutnya, semangat pasukan keselamata­n yang berusaha setiap masa menjaga keamanan dan keselamata­n di daerah ini perlu dijadikan pembakar semangat untuk bersama-sama menjadikan daerah ini selamat.

 ??  ?? RAMLEE (dua dari kiri) menerima cenderamat­a selepas menyaksika­n persembaha­n tarian singa sempena sambutan Tahun Baharu Cina diiringi pemimpin lain.
RAMLEE (dua dari kiri) menerima cenderamat­a selepas menyaksika­n persembaha­n tarian singa sempena sambutan Tahun Baharu Cina diiringi pemimpin lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia