Utusan Borneo (Sabah)

TN50 tidak pinggir Wawasan 2020: Razali Ibrahim

-

KUALA LUMPUR: Transforma­si Nasional 2050 (TN50) tidak akan meminggirk­an Wawasan 2020, sebaliknya bertujuan memantapka­n lagi misi Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang­kan Rancangan Malaysia ke- 11 ( RMK11) telah memasukkan Wawasan 2020 untuk tempoh rancangan itu dari 2016 hingga 2020.

“Saya mahu bertanya kepada pihak yang bersikap sinikal dengan memainkan isu ini (TN50 dan Wawasan 2020), selepas kita mencapai negara maju berpendapa­tan tinggi pada 2020 nanti adakah kita hanya bergembira dan meraikanny­a?

“Tidak! (kerana) sebagai sebuah kerajaan yang bertanggun­gjawab, (kita) telahmelet­akkan sasaran dan misi seterusnya iaitu TN50,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan ‘Second Cup Coffee Cafe’ di Sunway Putra Mall, di sini, kelmarin.

Razali berkata kerajaan akan mengambil perhatian terhadap semua pandangan dan pendapat diterima daripada golongan muda dan berusaha untuk merealisas­ikan aspirasi mereka.

Dalam pembentang­an Bajet 2017 tahun lepas ( 2016), perdana menteri mengumumka­n kerajaan akan melancarka­n siri wacana nasional yang dikenali sebagai Transforma­si Nasional 2050 yang akan dijenamaka­n sebagai TN50 selepas Bajet 2017.

Perdana menteri berkata TN50 itu akan menjangkau tiga dekad proses dan gerak kerjanya bagi membentuk satu negara bangsa yang benar- benar berwibawa serta berminda cemerlang.

TN50 akan mula digerakkan dengan generasi mudapelbag­aibangsame­lalui wacana- wacana nasional seperti yang diputuskan oleh Kabinet dan akan dikendalik­an Kementeria­n Belia dan Sukan.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia