Utusan Borneo (Sabah)

Kematian bapa diketahui melalui sekeping gambar

Luahan anak mangsa pembunuhan kejam tentera Jepun di Petagas

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

“Jika bapa saya tidak buka restoran, tidak berkawan dengan Guo Yi Nan, mungkin bapa saya tidak akan mati dibunuh dengan kejam oleh tentera Jepun ” KAPITAN SHEH YEN TEIN Anak mangsa

KOTA KINABALU: Walau baharu berusia lapan tahun ketika bapanya dibunuh dengan kejam oleh tentera Jepun pada 73 tahun lalu tetapi, ingatan terhadap insiden tragik yang berlaku itu tidak mungkin dapat dilupakan.

Biarpun kematian bapanya hanya diketahui melalui sekeping gambar namun, Kapitan Sheh Yen Tein,82, seolah-olah dapat merasai kesakitan yang dialami bapanya ketika itu.

Kematian bapanya diketahui melalui gambar yang diambil oleh saudara mereka yang ketika itu bekerja dengan tentera Jepun. Dalam gambar itu, bapanya mati ditikam sambil memegang papan tanda nama yang ditulis dalam Bahasa Cina.

Kini, setiap kali teringat bapanya mati ditikam menggunaka­n pisau yang diletakkan dihujung senapang, beliau akan merasa sebak. Kesakitan yang dialami bapanya itu tidak mampu untuk dibayangka­n.

Bagaimanap­un, gambar berkenaan sudah dibakar oleh tentera Jepun bagi menghapusk­an bukti pembunuhan kejam yang berlaku pada 21 Januari 1944 itu.

Sheh berkata, pembunuhan kejam menggunaka­n pisau pada senapang itu dilakukan kepada tujuh orang tahanan perang termasuk bapanya serta Ketua Gerila Kinabalu Guo Yi Nan atau dikenali sebagai Albert Kwok.

Disebabkan bapanya orang kanan Guo Yi Nan yang memberonta­k membunuh tentera Jepun maka, mereka dibunuh dengan kejam. Jika tahanan lain ditembak mati secara beramai-ramai dalam sebuah lubang besar tetapi mereka bertujuh ditikam di perut dengan pisau sehingga mati.

Sekiranya masa boleh diputar semula, beliau berharap bapanya tidak mengenali Guo Yi Nan

“Disebabkan bapa saya ada buka kedai makan di Jesselton ketika itu, Guo selalu datang makan. Pada masa itu, tiada hotel di sini maka, bapa saya mempelawa Guo untuk tinggal di atas restoran dan akhirnya mereka menjadi kawan.

“Jika bapa saya tidak buka restoran, tidak berkawan dengan Guo Yi Nan, mungkin bapa saya tidak akan mati dibunuh dengan kejam oleh tentera Jepun,” katanya apabila mengimbas kembali kekejaman yang dilakukan terhadap bapanya serta tahanan perang di Penjara Batu Tiga yang lain.

Menurutnya, pada awalnya Guo datang ke Sabah untuk menjual ubatubatan tradisiona­l tetapi, lama- kelamaan rupanya Guo berkempen untuk menentang tentera Jepun.

Mengimbau kembali memorinya pada zaman penjajahan Jepun itu, Sheh berkata, selepas Gerila Kinabalu membunuh tentera Jepun, bapanya bersama enam rakan lain terpaksa bersembuny­i di atas bukit, di tanah perkuburan Luyang bagi menunggu tentera Amerika Syarikat datang membantu.

Namun, bantuan yang ditunggu- tunggu tidak kunjung tiba sehinggala­h tempat persembuny­ian mereka didedahkan oleh seorang tali barut Jepun.

“Kira- kira dua minggu selepas bersembuny­i, seorang Shantung datang dan memberitah­u supaya bapa saya dan rakannya menyerah diri.

“Saya masih ingat lagi ketika itu nenek dan ibu saya datang ke tanah perkuburan itu secara curi- curi bagi menghantar makanan kepada mereka bertujuh,” jelasnya.

Ketika tali barut Jepun itu datang, beliau memberitah­u bahawa pasukan Gerila Kinabalu perlu menyerah diri jika tidak, kawasan orang Shantung di Luyang akan dibakar dan orang di sana akan dibunuh.

Dengan ugutan berkenaan, bapanya dan Ketua Gerila Kinabalu turun menyerah diri kepada pasukan tentera Jepun.

“Selepas itu mereka dimasukkan ke penjara Batu Tiga dan dalam tempoh dua bulan kemudian, mereka dihantar pada waktu malam menaiki keretapi ke Petagas.

“Selepas itu, mereka tujuh orang termasuk Guo Yi Nan dan bapa saya....... ditikam menggunaka­n pisau pada hujung senapang. Di cucuk ke dalam perut hingga mati,” katanya sambil menitiskan air mata.

Memori berkenaan masih segar dalam ingatan Sheh yang juga anak kedua daripada lima beradik ini.

Katanya, beliau datang ke upacara berkenaan setiap tahun bersama adik-beradik dan anak-anaknya.

Tahun ini buat pertama kalinya beliau dipilih mewakili keluarga mangsa perang untuk meletakkan karangan bunga sempena Upacara Memperinga­ti Mangsa-mangsa perang di Tugu Peringatan Petagas kali ke-68.

Turut hadir dalam upacara memperinga­ti mangsa perang berkenaan adalah Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk TeoCheeKan­gyangmewak­ili Ketua Menteri; Konsul Kehormat British di Sabah Robert M. New; Penasihat Pertahanan Australia Kapten Wendy Horder; Setiausaha Persekutua­n Sabah Shaun Pravind Robert; Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai serta barisan tetamu jemputan lain.

 ??  ??
 ??  ?? TEO menyempurn­akan simbolik upacara memperinga­ti mangsa perang dengan melakukan tunduk hormat selepas meletakkan karangan bunga di Tugu Peringatan Petagas kelmarin.
TEO menyempurn­akan simbolik upacara memperinga­ti mangsa perang dengan melakukan tunduk hormat selepas meletakkan karangan bunga di Tugu Peringatan Petagas kelmarin.
 ??  ?? TEO diiringi Mayor Bandarya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai ketika menerima tabik hormat sempena Upacara Memperinga­ti Mangsa-mangsa perang di Tugu Peringatan Petagas kali ke-68, di Tugu Peringatan Petagas.
TEO diiringi Mayor Bandarya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai ketika menerima tabik hormat sempena Upacara Memperinga­ti Mangsa-mangsa perang di Tugu Peringatan Petagas kali ke-68, di Tugu Peringatan Petagas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia