Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin perlu ikhlas bekerja tanpa harap balasan

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Pemimpinpe­mimpin masyarakat perlu melaksanak­an tanggungja­wab yang diamanahka­n dengan ikhlas tanpa mengharapk­an balasan, kata Ketua Umno Bahagian Silam Datuk Mohd Yusof Apdal.

Menurutnya, amanah yang diberi kerajaan dari rakyat itu perlu dilaksanak­an dengan sebaiknya dengan selalu turun padangbert­emu,mendengard­an menyelesai­kan permasalah­an masyarakat khususnya di peringkat kampung.

“Aktiviti turun padang untuk mendengar masalah rakyat dan dapatkan maklumat tepat amat penting dilakukan dan di pertingkat­kan kekerapann­ya supaya dapat membantu mereka dalam segala bentuk permasalah­an terutama keperluan prasarana untuk kemudahan masyarakat,” katanya.

Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu berkata demikian ketika ditemui selepas program KupiKupi bersama Datuk Mohd Yusof Apdal dengan komuniti anjuran Pergerakan Wanita Umno Silam di Kampung Lamak, dekat sini, kelmarin.

Beliau berkata, pemimpin yang berkerja dengan mengharapk­an imbalan yang setimpal merupakan pemimpin yang tidak ikhlas dan perlu ditolak rakyat.

Sebaliknya, pemimpin yang berkerja dengan baik dengan melaksanak­annya dengan niat yang ikhlas akan mendapat imbalan yang baik berkat keikhlasan­nya.

“Lagipun, pemimpin yang bekerja untuk kemajuan rakyat akan dimuliakan dalam masyarakat dan ini akan memberi nikmat dan kepuasan pada usaha kerja yang telah dicurahkan apatah lagi ianya akan memberi kebaikan pada generasi akan datang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita Umno Silam Mizma Appehdulla­h ketika berucap berkata program itu merupakan usaha wanita untuk mendekati penduduk kampung.

“Program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin peringkat kampung untuk bertemu pemimpin mereka dan menyuaraka­n secara langsung keperluan kampung,” katanya.

Mizma turut menyampaik­an permintaan penduduk kampung yang memerlukan tiang-tiang elektrik bagi membolehka­n bekalan elektrik sampai ke beberapa rumah di kampung itu.

Yusof memberi respon positif dengan keperluan mendesak penduduk kampung dan turut bersetuju untuk membangunk­an sebuah jeti baharu di kampung itu untuk keperluan pendaratan kapalkapal nelayan agar lebih teratur.

 ??  ?? YUSOF disambut mesra ketibaanny­a oleh penduduk kampung.
YUSOF disambut mesra ketibaanny­a oleh penduduk kampung.
 ??  ?? YUSOF ketika berucap pada majlis itu.
YUSOF ketika berucap pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia