Utusan Borneo (Sabah)

Siasat jemputan program, sebelum hadir: MB Perak

-

BAGAN DATUK: Pegawai dan kakitangan kerajaan negeri Perak perlu merujuk jemputan ke sesuatu program yang perlu dihadiri ke Pejabat Menteri Besar sekiranya mendapati ia meragukan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ia bagi mengelakka­n mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung, program yang belum dikenal pasti kesahihann­ya.

“Mungkin mereka mendapat maklumat yang salah mengenai sesuatu program dan saya tidak menyalahka­n pihak terbabit yang menerima jemputan kerana (mereka) berasa bertanggun­gjawab untuk hadir ke program itu dan mungkin mereka tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

“Jadi akan datang, mereka perlu menyiasat terlebih dahulu sesuatu program yang hendak dihadiri dan rujuk ke Pejabat Menteri Besar terlebih dahulu,” katanya dalam sidang media di sini kelmarin.

Zambry berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak S. Thangeswar­i termasuk pegawai daerah serta kakitangan kerajaan negeri menghadiri majlis perasmian kerja-kerja awalan projek Lebuhraya JelapangSe­lama-Batu Kawan (JELAS) pada Khamis lepas.

Majlis yang berlangsun­g di Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) Gopeng itu dilakukan oleh BMT Jelas Sdn Bhd yang kononnya mendapat kelulusan daripada kerajaan Persekutua­n untuk membina lebuh raya sejauh 116 kilometer bernilai RM4.6 bilion yang menghubung­kan Jelapang di Ipoh ke Batu Kawan di Pulau Pinang.

Lembaga Lebuhraya Malaysia ( LLM) dalam kenyataan sebelum ini menafikan penglibata­n agensi itu dalam projek lebuh raya berkenaan serta tidak pernah memberi kebenaran kepada syarikat berkenaan menggunaka­n logo LLM untuk projek tersebut. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia