Utusan Borneo (Sabah)

Felcra Berhad meterai tiga perjanjian Dengan rakan strategik Filipina bagi produk tuna, sardin dan produk berasaskan makanan laut Menerusi perjanjian yang dimeterai membolehka­n pencapaian kesepakata­n dan kerjasama antara kedua- dua pihak bagi pembekalan

- Daripada LICHONG ANGKUI

MANILA: Felcra Berhad memeterai perjanjian perkilanga­n dan pembekalan dengan rakan strategik dari Filipina bagi produk tuna, sardin dan produk berasaskan makanan laut.

Menerusi anak syarikat Felcra Bhd, Felcra Internatio­nal Venture Private Limited (FIV) dan Felcra Livestock & Agri Product (FLAP) buat julung kali menjalin kerjasama itu dengan memeterai perjanjian dengan tiga syarikat Filipina.

Tiga syarikat Filipina itu ialah pengeluarp­roduktuna, Alliance Select Food Internatio­nal Inc, pengeluar produk berasaskan makanan laut, Frabelle Market Corporatio­n dan pengeluar produk sardin, Bigfish Foods Corporatio­n.

Pengerusi Felcra Bhd, Dato Sri Bung Moktar Radin, menandatan­gani perjanjian bagi pihak Felcra, dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di sini pada Jumaat dan kelmarin.

Mewakili Bigfish ialah Pengarah Urusannya, Joven K Chua dan Pengurus Pemasaran,

DATO SRI BUNG MOKTAR RADIN

Lawrence Kiok sebagai saksi.

Sementara Fabelle diwakili Presiden, Fay Tiu- Laurel Bernardo dan Alliance Select oleh Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Raymond K H See.

Ketiga-tiga syarikat masingmasi­ng beroperasi di General Santos, Zamboanga dan Manila.

Perjanjian yang dimeterai itu adalah petanda Felcra Bhd terus melangkah ke hadapan dalam memacu agenda pembekalan makanan halal di Malaysia dan luar negara.

Dalam sidang medianya selepas majlis menandatan­gani perjanjian itu, Bung Moktar berkata, inisiatifd­anmekanism­e jalinan kerjasama itu pada peringkat permulaan hanya membabitka­n proses pensijilan Halal ke atas kilang dan produk dari syarikat Filipina, bertujuan mendapatka­n perseijila­n Halal Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Menerusi perjanjian yang dimeterai membolehka­n pencapaian kesepakata­n dan kerjasama antara kedua-dua pihak bagi pembekalan produk makanan Halal khususnya tuna, sardin dan produk berasaskan makanan laur dari Filipina ini,” katanya.

Menurutnya, Filipina dipilih kerana ia mempunyai bekalan makanan laut yang melimpah khususnya sardin dan tuna di sepanjang Laut Sulu dan Celebes, ditambah pula bahan mentah segar dan berkualiti, dibangunka­n dengan piawaian antarabang­sa dalam aspek pengeluara­n dan pemprosesa­nnya.

Bung Moktar berkata pasaran halal global dianggarka­n berjumlah lebih AS$2 trilion (RM8.3 trilion) pada tahun 2013 dan dianggarka­n melonjak kepada AS$3.7 trilion menjelang tahun 2019 pada kadar pertumbuha­n tahunan 10.8 peratus.

Menerusi FIV, yang antara lain berperanan menjalanka­n perdaganga­n dan pasaran di peringkat antarabang­sa, mengenal pasti rakan-rakan strategik dari Timur Tengah, Jepun dan China.

“Strategi utama adalah berdasarka­n kepada pembekalan produk makanan halal Filipina yang menggunaka­n Sijil Halal Malaysia ( Jakim) yang memberikan nilai premium ke atas produk ini,” katanya.

Untuk itu, katanya, FLAP dilantik bagi menjalanka­n aktiviti perdaganga­n di dalam negara.

“Menerusi kepakaran yang dimiliki oleh FLAP dalam bidang latihan dan khidmat nasihat halal, FLAP menjalanka­n pensijilan halal antarabang­sa dan berjaya mendapat sijil halal Jakim yang pertama untuk produk sardin dan tuna dari Filipina,” katanya.

Beliau berkata di Malaysia, sasaran utama adalah pasaran institusi seperti hospital, sekolah dan pertahanan awam sama ada secara terus ataupun menerusi pembekalan kontrak sedia ada.

Katanya, terdapat permintaan yang amat besar yang tidak dapat dipenuhi bagi produk tuna dan sardin halal Jakim khususnya di kawasan luar bandar.

Bagi terus mempromosi­kan produk FLAP, Felcra Bhd memperkena­lkan jenama`Yuya’ ke atas semua produk sardin dan tuna.

 ??  ??
 ??  ?? BUNG Moktar bersama barisan pengurusan dan pegawai tinggi Felcra Bhd serta FIV dan FLAP dalam sidang akhbar berkenaan.
BUNG Moktar bersama barisan pengurusan dan pegawai tinggi Felcra Bhd serta FIV dan FLAP dalam sidang akhbar berkenaan.
 ??  ?? BUNG Moktar menunjukka­n hasil produk sardin yang dikeluarka­n syarikat Bigfish Foods Corporatio­n.
BUNG Moktar menunjukka­n hasil produk sardin yang dikeluarka­n syarikat Bigfish Foods Corporatio­n.
 ??  ?? BUNG Moktar (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Joven, sambil diperhatik­an oleh pegawai kanan dari Felcra dan wakil syarikat Filipina.
BUNG Moktar (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Joven, sambil diperhatik­an oleh pegawai kanan dari Felcra dan wakil syarikat Filipina.
 ??  ?? BUNG Moktar dan Joven serta tetamu lain menunjukka­n isyarat bagus selepas memeterai perjanjian.
BUNG Moktar dan Joven serta tetamu lain menunjukka­n isyarat bagus selepas memeterai perjanjian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia