Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Kastam sasar kutipan GST RM40-RM42 bilion tahun ini

-

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia ( JKDM) menyasarka­n kutipan cukai barang dan perkhidmat­an (GST) pada tahun ini sekitar RM40 hingga RM42 bilion berbanding RM41.2 bilion pada 2016, kata Ketua Pengarahny­a Datuk Seri Khazali Ahmad.

Beliau berkata JKDM akan meneruskan program bersama rakyat terutamany­a golongan peniaga untuk memastikan mereka lebih memahami mengenai sistem percukaian tersebut.

“Sistem percukaian ini baharu sahaja dilaksanak­an selama setahun 10 bulan dan kita mahu mendidik mereka untuk lebih memahami mengenai GST.

“Namun, dalam tempoh pelaksanaa­n cukai ini, JKDM melihat bibit-bibit kejayaan untuk kita terus melaksanak­annya dengan lebih cemerlang lagi,” katanya kepada media selepas Program Kayuhan Amal

DATUK SERI KHAZALI AHMAD

Kastam 1Malaysia di sini semalam.

Pada peringkat JKDM, Khazali berkata pembaharua­n turut dilaksanak­an termasuk mewujudkan Strategi Lautan Biru Kastam (CBOS) yang melibatkan semua bahagian JKDM sebagai penambahba­ikan dalam tadbir urus sistem GST.

Setakat ini, katanya JKDM mempunyai 431,000 syarikat yang berdaftar dalam sistem percukaian GST dan usaha akan terus dibuat untuk mengesan syarikat yang layak mendaftar terutamany­a perniagaan dalam talian.

“JKDM masih belum me-

nentukan jumlah peratus peniaga dalam talian yang ada di negara ini, tetapi kita percaya masih ramai peniaga dalam talian yang belum berdaftar dengan kita.

“Jabatan Kastam akan terus mengesan perniagaan dalam talian yang mempunyai nilai ambang sebanyak RM500,000 sama ada secara luar talian atau dalam talian kerana mereka semua tertakluk kepada percukaian GST,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KANAK-kanak turut menyertai Kayuhan Amal Kastam 1Malaysia bersama Majlis Kanser Nasional (MAKNA) sempena Hari Kastam Sedunia ke-35 di Dataran Wawasan, Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama KANAK-kanak turut menyertai Kayuhan Amal Kastam 1Malaysia bersama Majlis Kanser Nasional (MAKNA) sempena Hari Kastam Sedunia ke-35 di Dataran Wawasan, Putrajaya semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia