Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia teruskan FTA dengan ahli TPP jika TPPA tidak jadi kenyataan: Mustapa

-

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengkaji kemungki P) yang berkaitan jika Perjanjian TPP tidak menjadi kenyataan, kata Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Negara juga akan memberi keutamaan dalam mengukuhka­n integrasi ekonomi dalam Asean dan berusaha untuk memuktamad­kan Kerjasama Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP), katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n oleh Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) di sini semalam.

Mustapa, yang mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia, di Davos, Switzerlan­d dari 17-20 Jan, berkata demikian ketika ditanya mengenai strategi Malaysia jika TPPA tidak menjadi kenyataan pada majlis makan tengah hari perniagaan di Davos.

Majlis tersebut dihadiri pelabur antarabang­sa yang berpotensi dan sedia ada daripada pelbagai sektor dan negara anjuran bersama Khazanah Nasional Bhd dan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA).

Berdasarka­n sentimen dasar perlindung­an yang meningkat di beberapa buah negara, menteri itu memberi jaminan kepada masyarakat antarabang­sa bahawa Malaysia kekal terbuka kepada perniagaan.

“Pelaburan asing memainkan peranan penting dalam pembanguna­n ekonomi kami dan kami akan terus mengalu-alukan pelaburan yang berkualiti tinggi, terutamany­a dalam subsektor pemangkin seperti bahan kimia, elektrik dan elektronik, jentera dan peralatan, selain bidang pertumbuha­n lain yang berpotensi tinggi termasuk aeroangkas­a, peranti perubatan dan ekonomi digital,” katanya.

Mustapa berkata Malaysia menjadi penerima manfaat utama Pelaburan Langsung As- ing, yang turut menyumbang kepada eksport negara berdasarka­n jumlah besar syarikat asing yang beroperasi di Malaysia yang 100 peratus berorienta­sikan eksport.

“Kehadiran syarikat asing dalam ekonomi kami turut menyediaka­n akses kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan kepada pemindahan teknologi dan pertukaran pengetahua­n, penting dalam membangunk­an keupayaan mereka yang membolehka­n mereka menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global,” katanya.

Pada majlis itu, Mustapa turut menjawab beberapa soalan daripada audiens, kebanyakan­nya mengenai hala tuju ekonomi Malaysia, terutamany­a dalam konteks pentadbira­n Presiden Donald Trump dan status terkini integrasi ekonomi Asean.

Beliau turut menggesa pelabur untuk memanfaatk­an peluang yang terdapat di rantau Asean yang dinamik dengan menjadikan Malaysia sebagai pintu masuk.

Katanya sebilangan besar syarikat asing seperti Novartis, Roche, GE dan Standard Chartered telah menjadikan Malaysia sebagai hab serantau mereka.

Beliau turut menegaskan kelebihan Malaysia termasuk dari segi kestabilan politik, mempunyai asas ekonomi yang kukuh, dasar yang mesra perniagaan, mempunyai infrastruk­tur yang baik, kedudukann­ya yang strategik dalam Asean dan pemudahan pelaburan melalui MIDA.

“Walaupun persekitar­an semasa yang mencabar, kadar pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kami kekal antara yang tertinggi di rantau ini dan pasaran sedang pesat membangun,” katanya.

Turut hadir Pengarah Urusan KHAZANAH Nasional Tan Sri Azman Mokhtar, Pengerusi AirAsia Bhd Tan Sri Tony Fernandes dan Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia