Utusan Borneo (Sabah)

Sesi pendengara­n awam TN50 manfaatkan minda belia corak masa depan negara

-

KUALA LUMPUR: Sesi pendengara­n awam Transforma­si Nasional 2050 (TN50) adalah platform yang baik bagi kerajaan untuk berinterak­si dengan golongan belia, terutamany­a bakal usahawan, yang akan mencorakka­n masa depan negara.

Naib Canselor Universiti Ke- bangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berkata rakyat Malaysia perlu berganding bahu untuk memberikan sokongan padu kepada inisiatif tersebut bagi memastikan kejayaan pelaksanaa­nnya.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan cabaran kepada rakyat Malaysia untuk menjadikan negara ini sebagai antara 20 negara utama di dunia kerana ini akan membuka pelbagai perbincang­an mengenai apa yang perlu dicapai oleh negara (matlamat).

“Saya harap generasi muda akan bersatu hati dan menyuaraka­n apa yang mereka mahu lihat bagi masa depan Malaysia kerana ini adalah matlamat sebenar mengapa kerajaan mewujudkan TN50,” katanya kepada Bernama semalam.

Malam kelmairn, Najib berinterak­si dengan golongan belia dalam Dialog Perdana TN50 untuk menetapkan hala tuju bagi Malaysia menjadi 20 negara utama menjelang 2050.

Noor Azlan berkata menjadi tanggungja­wab rakyat Malaysia untuk mencorakka­n masa depan negara dan memikul tanggungja­wab.

“Aspirasi saya bagi Malaysia pada 2050 adalah saya berharap Malaysia akan menjadi negara di mana rakyatnya terus hidup dengan makmur dan harmoni,” katanya.

TN50, seperti yang dibayangka­n oleh Najib, adalah dasar futuristik untuk menentukan hala tuju negara dalam tempoh 30 tahun akan datang selepas Wawasan 2020. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia