Utusan Borneo (Sabah)

MISC namakan kapal pengangkut LNG kedua jenis Moss ‘Seri Cenderawas­ih’

-

KUALA LUMPUR: MISC Bhd menamakan kapal pengangkut gas asli cecair (LNG) yang baharu diserahkan, ‘Seri Cenderawas­ih’, kedua dalam siri lima jenis Moss yang ditempah daripada Hyundai Heavy Industries Co Ltd.

Majlis itu diadakan di Limbungan Kapal HHI di Ulsan, Korea Selatan.

Dalam kenyataan kelmarin, MISC berkata selepas penyerahan tersebut, kapal pengangkut LNG yang baharu itu akan disewakan bagi tempoh jangka panjang kepada Petronas.

Seri Cenderawas­ih, bersama dengan kapal, Seri Camellia, yang dilancarka­n pada September tahun lepas, akan menjadi sebahagian daripada generasi baharu kumpulan kapal jenis Moss Seri C Class LNG, menurut MISC.

Katanya kapal baharu jenis Moss itu merupakan sebahagian daripada program peningkata­n kapal jangka panjang MISC untuk memenuhi keperluan pengangkut­an tenaga Petronas dan dihasilkan bagi keupayaan perdaganga­n di seluruh dunia yang membolehka­nnya singgah di semua terminal LNG utama di dunia.

MISC berkata kapal baharu ini menyediaka­n sistem pengawalan kargo yang lebih kukuh dan memastikan tahap fleksibili­ti operasi yang tinggi bagi MISC beroperasi dalam keadaan cuaca buruk.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MISC Yee Yang Chien berkata Cenderawas­ih menandakan satu lagi pencapaian penting bagi MISC dalam perjalanan­nya ke arah sektor perkapalan LNG yang mampan dan mengukuhka­n kedudukan utama syarikat itu dalam perniagaan perkapalan LNG global.

“Usaha pemodenan kapal MISC memastikan kami mengekalka­n prestasi kami dengan kumpulan kapal baharu dan meningkatk­an keupayaan kami untuk memenuhi jangkaan pelanggan kami yang berubah-ubah.

“Kapal baharu ini menggabung­kan teknologi yang terbaik dan mesra alam, mengukuhka­n komitmen kami untuk menjalanka­n operasi dengan tanggungja­wab dan menjaga persekitar­an maritim,” katanya.

Selepas selesai majlis itu, Seri Cenderawas­ih akan memulakan pelayaran pertamanya ke Bintulu, Sarawak dan penyerahan­nya menjadikan jumlah kapal LNG

MISC pada masa ini sebanyak 27 buah, menurut MISC. Katanya baki tiga buah kapal, yang kini dalam pembinaan di Korea Selatan, akan siap secara berperingk­at dan akan diserahkan kepada MISC dalam masa terdekat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia