Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan keutamaan di Tenom

Peningkata­n pencapaian pelajar bukti ada kesedaran

- Oleh DELLROY

TENOM: Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi mahu sektor pendidikan menjadi keutamaan kepada masyarakat di daerah ini.

Katanya, peningkata­n pencapaian pelajar di sekolah-sekolah di daerah Tenom menunjukka­n adanya kesedaran dan kerjasama di antara pelajar, guru-guru dan ibubapa.

“Kepimpinan yang baik di kalangan pihak pentadbir sekolah dan para ibu bapa sudah tentu akan memberikan keputusan yang positif terhadap pencapaian sesebuah sekolah atau pelajar.

“Pihakkeraj­aankhususn­ya kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN) akan sentiasa mendengar dan membantu pembanguna­n sekolahsek­olah di seluruh negara.

“Ini terbukti dengan peruntukan besar saban tahun diberikan oleh pihak kerajaan kepada sektor pendidikan di negara ini.

“Terima kasih kepada pihak Kementeria­n Pendidikan Malaysia dan menteri- menterinya yang mengambil berat terhadap pembanguna­n dan keperluan- keperluan sekolah selain kebajikan para guru serta pelajar,”.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaia­n Anugerah Kecemerlan­gan UPSR Tahun 2016 dan Pesta Angpau 2017 di SJK (C) Chi Vun Tenom, barubaru ini.

Raime yang juga merangkap Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n ( LPKP) Sabah berkata program seumpama ini baik untuk memberi penghargaa­n dan pengiktira­fan kepada anakanak kita.

“Kita tahu sekolah ini adalah antara sekolah yang cemerlang di daerah Tenom dan penyumbang kepada prestasi pencapaian pendidikan di daerah ini.

“Syabas dan tahniah di atas kerjasama semua pihak yang telah membantu meningkatk­an pencapaian akademik di sekolah ini.

“Peranan guru dan ibubapa harus diberikan perhatian kerana kesinambun­gan dalam kejayaan sesebuah sekolah dan pelajar terletak di bahu semua pihak,” katanya.

Sekolah SJKC Chi Vun, Tenom adalah sekolah di pedalaman yang telah mendapat anugerah Sekolah Penyayang Peringkat Kebangsaan tahun lalu.

Hadir sama, Pegawai Khas Kementeria­n Pendidikan Malaysia Chong Swee Chu, wakil kepada Pegawai Pendidikan Daerah Tenom Juspah Nasip, Guru Besar SJK (C) Chi Vun Wong Eh Chun dan Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Ho Shin Yung.

 ??  ?? (tengah) bersama dengan guru-guru, ibu bapa dan ahli Lembaga Pengelola Sekolah.
(tengah) bersama dengan guru-guru, ibu bapa dan ahli Lembaga Pengelola Sekolah.
 ??  ?? RAIME ketika melawat pameran dan anugerah Sekolah Penyayang Peringkat Kebangsaan yang diterima oleh sekolah itu.
RAIME ketika melawat pameran dan anugerah Sekolah Penyayang Peringkat Kebangsaan yang diterima oleh sekolah itu.
 ??  ?? HO Shin Yung (empat, kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Raime pada majlis itu.
HO Shin Yung (empat, kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Raime pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia