Utusan Borneo (Sabah)

JKKK dinasihat ambil inisiatif beli alat pemadam kebakaran

-

KAPIT: Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) digesa supaya mengambil inisiatif sendiri membeli alat pemadam kebakaran dengan menggunaka­n wang JKKK bagi melindungi rumah panjang masing-masing daripada kebakaran.

Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong menegaskan, langkah itu penting kerana jika berlaku kebakaran kecil di peringkat awal ianya dapat dipadamkan dengan menggunaka­n alat pemadam kebakaran.

“Kita harus menjadikan apa berlaku sebagai iktibar, dimana setiap JKKK harus melakukan sesuatu untuk melindungi rumah panjang mereka dari kebakaran,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran Rumah Tani Kudi di Sungai Tunoh, Bukit Mabong, pada Khamis.

Semasa lawatan itu, Ugak turut menyampaik­an bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada mangsa kebakaran yang terjejas.

Selain itu, beliau turut menyampaik­an bantuan sebanyak RM5,000 daripada Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Baleh, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing.

Dalam perkembang­an sama, Ugak turut memberitah­u bahawa beliau akan memberikan peruntukan sebanyak RM20,000 di bawah MRP kepada semua mangsa.

“Selain itu, saya meminta Pegawai Daerah Bukit Mabong, Douglas Punga supaya menyemak Bantuan Projek Perumahan untuk membantu mereka. Jika ada peruntukan, saya akan menggunany­a membantu membina rumah panjang mereka,” ujarnya.

Rumah panjang baharu katanya lagi, akan dipindah ke tapak baharu kerana kerajaan merancang membina bandar baharu dicadang Jawatankua­sa Bahagian Pembanguna­n Kapit dan juga Tan Sri Datuk Datuk Amar Dr James Jemut Masing.

Pada sesi lawatan itu, Ugak turut menyerahka­n bantuan persekolah­an dalam bentuk pakaian seragam dan beg sekolah kepada murid-murid dari Rumah Tani yang terjejas.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 3.30 petang hari Selasa lepas, seramai 15 buah keluarga dari Rumah Tani, Sungai Tunoh, Bukit Mabong tinggal sehelai sepinggang selepas rumah panjang mereka ranap dalam kebakaran.

Bagaimanap­un, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam insiden terbabit.

 ??  ??
 ??  ?? UGAK (lima kiri) merakam kenangan bersama TR Tani, Joseph Belayong (tiga kiri), Douglas Pungga (tiga kanan) selepas mengadakan lawatan ke tapak kejadian.
UGAK (lima kiri) merakam kenangan bersama TR Tani, Joseph Belayong (tiga kiri), Douglas Pungga (tiga kanan) selepas mengadakan lawatan ke tapak kejadian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia