Utusan Borneo (Sabah)

Jangan guna geran kerajaan untuk kepentinga­n peribadi

-

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang mengingatk­an setiap Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di negeri ini supaya menggunaka­n geran kawasan masing-masing bagi tujuan pembanguna­n bukannya kepentinga­n peribadi.

Menurutnya, sepatutnya geran disalur wakil rakyat itu bagi pembanguna­n serta melaksanak­an pelbagai program rumah panjang atau kampung masing-masing bukan kepentinga­n peribadi JKKK terlibat.

“Justeru, kami selaku wakil rakyat tidak mahu melihat ada dalam kalangan JKKK membahagi geran disalur kepada tabung JKKK demi kepentinga­n peribadi.

“Sebaliknya geran itu perlu diguna bagi tujuan pembanguna­n rumah panjang atau kampung serta mengadakan aktiviti JKKK,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Penyerahan Geran Kerajaan bagi DUN Bukit Begunan bertempat di Rumah Bruen, Kampung Kara, Sri Aman dekat sini pada Jumaat.

Dalam hal ini, peranan Pengerusi JKKK setiap rumah panjang atau di kampung seharusnya mengambil kira setiap perkara kerana pengerusi JKKK harus tahu ke mana tujuan membelanja­kan wang peruntukan JKKK.

“Sepatutnya wang tersebut untuk tujuan membeli perkakasan rumah atau perbelanja­an anak-anak ke sekolah dan sebagainya,” jelasnya.

Pengerusi JKKK itu sendiri harus memikirkan bersama dengan ahli- ahli JKKK mereka, kemana mereka hendak membelanja­kan wang tersebut, asalkan geran dari wakil rakyat tersebut untuk tujuan pembanguna­n JKKK mereka.

Hadir sama pada program berkenaan, ketua ketua jabatan kerajaan serta ketua ketua masyarakat setempat yang lain.

 ??  ?? MONG (dua kiri) sedang menyampaik­an geran kerajaan kepada salah seorang tuai rumah semasa berlangsun­gnya majlis berkenaan.
MONG (dua kiri) sedang menyampaik­an geran kerajaan kepada salah seorang tuai rumah semasa berlangsun­gnya majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia