Utusan Borneo (Sabah)

Perluas peranan Rela jaga kesejahter­aan masyarakat

-

BINTULU: Peranan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) kini meluas dalam menjaga kesejahter­aan masyarakat setempat khususnya apabila menghadapi pelbagai bentuk ancaman di dunia tanpa sempadan.

Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, jika dahulu Rela bertindak sebagai pertahanan penting negara menghadapi ancaman komunis tetapi kini peranan itu kini diperluas berdepan ancaman pelbagai bentuk.

Katanya, Rela merupakan tulang belakang membantu pihak berkuasa menangani segala ancaman buruk dalam negara.

“Peranan Rela tidak dinafikan berperanan membendung pelbagai ancaman dalam negara antaranya kes- kes jenayah setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan dibaca Pegawai Khasnya, Teo Ho Ping di Majlis Penyerahan Pakaian Operasi Digital ( POD) dan Penyerahan Cek Insurans Rela di Restoran Kelab Kidurong Bintulu malam pada Khamis.

Beliau berkata, Rela paling dekat dengan masyarakat akar umbi berikutan itu mereka wajar menunjukka­n teladan, menjadi contoh dengan memperliha­tkan disiplin, kepimpinan dan toleransi yang baik dalam masyarakat.

Justeru katanya, penyertaan belia amat dialu-alukan dalam Rela untuk mendukung dan membantu perhubunga­n sosial setempat, mendukung tamadun negara serta menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain.

“Rela juga berfungsi sebagai ejen perpaduan dengan keahlianny­a disertai pelbagai kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia,” tambahnya.

Beliau menggesa belia berumur 16 tahun ke atas menyertai Rela memandang banyak manfaat diperoleh apabila menjadi anggota Rela terutama semasa ditugas di sesuatu tempat.

Pengarah Rela Negeri Sarawak, Timbalan Pesuruhjay­a Rela Rini Tupong berkata, peranan Rela kini berubah pada alaf baharu berbanding 20 dan 30 tahun lepas sekali gus memerlukan setiap pegawai dan anggotanya bersedia menghadapi pelbagai cabaran.

Begitupun beliau memuji pegawai dan anggota Rela yang bertugas dengan cemerlang dan tidak mengeluh apabila ditugaskan dalam banyak majlis sepanjang tahun lepas dengan harapan tahun ini mereka akan menumpukan komitmen yang sama.

“Dalam sembilan hari sahaja, Rela bertugas dalam 16 program besar di negeri ini dengan tetamu utamanya terdiri daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

“Antaranya dengan kehadiran pemimpin besar di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) serta dihadiri 16,000 orang yang sebelum ini disasarkan hanya 7,000 orang namun berjalan dengan lancar.

“Melaului kehadiran ramai itu Perdana Menteri mengumum sumbangan RM20 juta untuk Rela yang mana M10 juta diguna pembelian pakaian seragam Rela dan selebihnya RM10 juta lagi untuk kegunaan tahun ini,” katanya sambil menambah keanggotaa­n Rela dalam negara mencecah lebih 3 juta orang.

Selain itu katanya, Timbalan Perdana Menteri juga t melancarka­n Misi Bantuan Rela di Kelantan untuk membantu mangsa banjir, tanah runtuh, rumah diterbangk­an angin, rumah rosak dan sebagainya.

“Misi itu akan diperluas ke Sarawak dan buat permulaan akan diwujudkan Tabung Misi Bantuan Rela di Sarawak yang mana akan dilancarka­n oleh Perdana Menteri pada masa akan datang,” katanya.

Beliau turut menyeru agar pegawai dan anggota Rela bersedia bagi meghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Hadirdimaj­lisituPega­waiRela Daerah Bintulu, Abdul Rashid Ibrahim, Penolong Pesuruhjay­a Kanan Rela Bersekutu (Ahli Kehormat), Datuk Paruwadi Musa, Pemanca Datuk Dr Francis Toh, Ketua- ketua jabatan Puspanita, pegawaipeg­awai dan anggota-anggota Rela dari seluruh negeri.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia