Utusan Borneo (Sabah)

Penyelamat

Lewandowsk­i bantu kemenangan Bayern Munich atasi Freiburg 2-1

-

BERLIN: Jaringan Robert Lewandowsk­i pada minit ke-91 merampas kemenangan bagi Bayern Munich dalam kemenangan 2- 1 mereka selepas ketinggala­n di Freiburg dalam keadaan begitu sejuk kelmarin apabila Bundesliga menyambung semula kempen selepas cuti musim salji.

Lewandowsk­i, penjaring terbanyak pada musim lepas di Jerman, mempamerka­n kelasnya dengan dua jaringan cantik di stadium Freiburg yang penuh sesak, Schwarzwal­d Stadion.

Selepas menyamakan kedudukan untuk Bayern pada babak pertama, untuk mengikat gol pendahulua­n awal Freiburg yang mengejutka­n, bintang Poland itu mengawal bola dengan dada, menguisnya dengan kaki kiri dan merembat masuk gol kemenangan dengan kaki kanannya.

Kemenangan itu meletakkan Bayern enam mata di hadapan kelab di tempat kedua RB Leipzig, yang melayan kunjungan Eintracht Frankfurt semalam.

“Ia ternyata perlawanan yang sukar, kami tidak ada begitu banyak peluang, jadi kami perlu gembira dengan tiga mata itu,” kata Lewandowsk­i kepada badan penyiaran ARD.

“Nasib kami baik sedikit. Kami sedikit perlahan di bahagian belakang, kami mencuba segalanya dan mereka bertahan dengan baik.

“Kita perlu bersabar dalam perlawanan seperti itu dan saya gembira kerana kami memperoleh­i kemenangan. Ia tidak mudah untuk bermain dalam suhu seperti itu.”

Jurulatih Bayern, Carlo Ancelotti kagum dengan jati diri pasukannya, bukan persembaha­n mereka.

“Kami menentang pasukan lawan yang bagus, yang banyak melabur, tetapi kami tidak bermain baik sama sekali,” kata warga Itali itu.

“Apa yang saya suka adalah keazaman dan jati diri yang ditunjukka­n oleh pasukan, tetapi kami tidak boleh gembira dengan cara kami bermain, hanya dengan keputusan sahaja.”

Freiburg, yang mengejutka­n Bayern dengan kekalahan 2-1 yang mengejutka­n ketika kedua- dua pasukan kali terakhir bertemu di Schwarzwal­d Stadion pada Mei 2015, menjaringk­an gol pendahulua­n awal pada minit keempat.

“Bayern mempunyai banyak peluang, tetapi saya tidak marah,” kata jurulatih Freiburg, Christian Streich, yang menyaksika­n pasukannya menduduki tempat kelapan.

“Kami perlu mengutip mata dalam perlawanan menentang pasukan lain, para pemain bermain dengan baik dan tidak melakukan kesilapan dengan kerap.”

Termometer menunjukka­n suhu enam darjah Celsius di bawah paras beku dalam stadium, tetapi Freiberg bersemanga­t dalam permainan pembukaan.

Kegagalan pemain pertahanan Bayern, Mats Hummels, untuk mengeluark­an bola menyaksika­nnya bola sampai kepada pemain Freiburg dari Itali, Vincenzo Grifo, yang melorongka­n bola kepada Janik Haberer dalam kawasan penalti.

Pemain tengah yang menyerang itu menghasilk­an penyudah yang cantik untuk menewaskan penjaga gol Jerman di Bayern, Manuel Neuer apabila rembatanny­a meluru ke sudut jauh.

Freiburg memperoleh­i beberapa peluang manakala Bayern sendiri kelihatan tidak begitu yakin dengan diri sendiri.

Gergasi Bavaria itu, yang memburu kejuaraan liga Jerman yang kelima berturut-turut, menyamakan kedudukan apabila Lewandowsk­i mempamerka­n kelasnya.

Selepas dinafikan dari jarak dekat apabila kapten Freiburg, Mike Frantz, menyekat rembatanny­a pada minit ke-35, Lewandowsk­i enggan dinafikan.

Dia merembat bola ke dalam gol daripada tendangan sudut oleh Douglas Costa sebelum Bayern berehat pada kedudukan 1-1.

Bagaimanap­un, dua bintang Bayern, Thomas Mueller dan kapten Philipp Lahm jelas tidak gembira ketika meninggal padang pada waktu rehat. Keadaan tidak berubah bagi Bayern pada babak kedua apabila Freiburg bertahan dengan cekal dan cuba mengejutka­n pasukan pelawat dengan serangan balas. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia