Utusan Borneo (Sabah)

Nice diikat Bastia 1-1

-

BASTIA: Nice, yang menaruh harapan untuk memenangi kejuaraan Perancis, meletakkan diri satu mata di hadapan Monaco buat sementara waktu tetapi kelmarin mengadu tentang kehilangan dua mata dalam keputusan seri 1-1 di kelab kerdil, Bastia.

Perlawanan itu dicemari satu insiden buruk sebelum itu apabila polis melaporkan beberapa penyokong Bastia melontar batu ke arah bas pasukan Nice, menyebabka­n dua tingkap pecah, ketika ia tiba di stadium Armand Cesari.

Saluran Twitter rasmi Nice melaporkan pasukan itu tiba dengan selamat “tetapi bas mereka, tidak begitu selamat”. Kelab itu turut menunjukka­n dua gambar kenderaan yang rosak.

Nice, yang mengalu-alukan kepulangan bekas pemain Itali, Manchester City dan Liverpool, Mario Balotelli, dari penggantun­gan, terpaksa bangkit selepas ketinggala­n apabila pemain tengah Congo, Prince Oniangue, meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan pada minit ke-17.

Nice, yang cuba memenangi kejuaraan kelima tetapi yang pertama sejak 1959, menyamakan kedudukan menerusi Arnaud Souquet sejurus selepas minit ke-30.

Namun hanya itu sahaja yang mampu dicapai oleh kelab bimbingan Lucien Favre, yang diikat pada minggu lepas oleh sebuah lagi kelab bermasalah di Metz.

Bastia bertahan walaupun kapten Yannick Cahuzac dibuang dari padang pada pertengaha­n babak kedua.

Favre pantas menunjukka­n kesilapan pasukannya kemudian.

“Kami mendominas­i dan menguasai bola kebanyakan waktu, malah jauh lebih lagi selepas pembuangan pemain dari padang. Namun pergerakan tidak memadai. Kami melepaskan terlalu banyak bola dan mereka menekan kami dengan baik menggunaka­n formasi 4-3-2-1 untuk menyekat kami.

“Kami tidak berusaha secukupnya pada malam ini. Balotelli tidak cergas 100 peratus dan memintanya untuk mengatasi lima pemain pertahanan adalah sesuatu yang sukar.”

Keputusan seri itu – keempat bagi mereka dalam lima perlawanan – meninggalk­an Nice dengan 46 mata daripada 21 perlawanan, satu mata di hadapan Monaco, yang melayan kunjungan Lorient pada malam ini (Ahad) dan empat mata di hadapan juara bertahan Paris Saint Germain, yang beraksi di Nantes semalam. – AFP

 ??  ?? SOUQUET memperliha­tkan reaksi gembira selepas menjaringk­an gol penyamaan untuk Nice. - AFP
SOUQUET memperliha­tkan reaksi gembira selepas menjaringk­an gol penyamaan untuk Nice. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia