Utusan Borneo (Sabah)

Penentuan juara Piala FA, Liga hari ini

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan Sabah 2016 akan melabuhkan tirai dengan dua perlawanan akhir iaitu Piala FA dan liga di Stadium Penampang hari ini.

Perlawanan akhir pertama adalah untuk saingan Piala FA yang mempertemu­kan pasukan NABT dan Luton FC Keningau. Sepak mula perlawanan adalah pada jam 1.00 tengah hari.

Ia adalah peluang keduadua pasukan menebus kekecewaan tersingkir di penghujung liga di mana NABT tersingkir pada pusingan suku akhir selepas kalah kepada Likas United manakala Luton dikecewaka­n Mamai City FT pada separuh akhir.

Perlawanan akhir kedua dan akan menjadi tumpuan adalah untuk saingan liga yang mempertemu­kan Mamai City FTdan Penjara FC. Sepak mula perlawanan adalah pada jam 3.30 petang.

Mamai yang dibarisi ramai pemain dari Kota Marudu mara ke perlawanan akhir selepas menang 2-1 ke atas Luton pada separuh akhir. Sebelum itu Mamai yang juga juara Kumpulan E menewaskan Mixteam 2-1 pada pusingan suku akhir.

Penjara yang dibarisi pemain berpengala­man pula mara ke perlawanan akhir selepas menumpaska­n Likas United 3- 1. Sebelum itu mereka membelasah KDM Labuan 5-1 pada pusingan suku akhir.

Kejohanan anjuran Kelab Bola Sepak Perpaduan Penampang yang telah berlangsun­g sejak Februari 2016 itu disertai 34 pasukan dari seluruh negeri ini.

Juara Piala FA akan menerima hadiah wang tunai RM2,000, trofi dan medal manakala pemenang tempat kedua menerima RM1,000 dan medal. Hadiah adalah sumbangan Everise United Sdn Bhd.

Juara liga pula akan menerima wang tunai RM5,000, trofi, medal dan satu set jersi manakala tempat kedua RM3,000, trofi, medal dan satu set jersi sementara dua pasukan yang tewas di separuh akhir ( Luton dan Likas United) akan menerima RM1,000, trofi, medal dan satu set jersi. sumbangan Ararat Sports And Souvenirs.

Pengerusi pengajur, Edwin Jomiji berkata, majlis penutupan kejohanan itu akan disempurna­kan Pegawai Daerah Penampang, Luvita Koisun.

 ??  ?? JAWATANKUA­SA penganjur kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan Sabah yang dipengerus­ikan Edwin (tiga dari kiri) bergambar bersama trofi dan medal untuk perlawanan akhir Piala FA dan liga di Stadium Penampang hari ini.
JAWATANKUA­SA penganjur kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan Sabah yang dipengerus­ikan Edwin (tiga dari kiri) bergambar bersama trofi dan medal untuk perlawanan akhir Piala FA dan liga di Stadium Penampang hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia