Utusan Borneo (Sabah)

Sabah mampu lahir pemain hebat: Tawfiq Jika semua pihak komited rancang, laksana agenda pembanguna­n bola sepak di peringkat akar umbi

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Menteri Belia Dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yakin Sabah mampu melahirkan pemain hebat jika semua pihak komited merancang dan melaksanak­an agenda pembanguna­n bola sepak bermula dari akar umbi termasuk sekolah rendah.

Tawfiq berkata, negaranega­ra gergasi bola sepak mampu melahirkan pemain bertaraf antarabang­sa setiap tahun kerana mereka komited melaksanak­an agenda pembanguna­n bola sepak yang amat terancang.

“Mereka memupuk minat dan menyemai cinta terhadap permainan ini sejak anakanak mereka masih kecil lagi. Bak kata pepatah Melayu ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Sebab itulah mereka sentiasa memiliki barisan pemain yang berkualiti dan mempunyai pemain pelapis yang mampu menggalas tugas apabila diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival KidBall Kelab Bola Sepak SK Sri Gaya di Kompleks Sukan Kota Kinabalu ( KSKK) kelmarin.

“Sebenarnya kita boleh mencipta nama dalam sukan bola sepak ini kerana sudah terbukti apabila salah seorang pemain bola sepak negara kita iaitu Mohd.Faiz Subri menerima anugerah Anugerah Puskas FIFA 2016 yang telah meletakkan beliau sebaris dengan pemain ternama yang pernah merangkul anugerah terbabit seperti Cristiano Ronaldo ( Portugal- 2009), Hamit Altintop ( Turki- 2010), Neymar ( Brazil- 2011), Miroslav Stoch (Slovakia20­12), Zlatan Ibrahimovi­c ( Sweeden-2013), James Rodriguez (Colombia-2014) dan Wendell Lira (Brazil2015).

“Kejayaan Mohd Faiz bukan mudah kerana dia terpaksa bersaing dengan beberapa orang bintang ternama bola sepak peringkat antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata Sabah suatu ketika dahulu juga adalah antara pasukan yang digeruni di Malaysia dan pernah melakar sejarah muncul juara Piala FA pada 1995, juara Liga Perdana 1996, naib juara Piala FA pada 1993, 1994 dan 1998 dan naib juara Piala Malaysia pada 1996, 2002 dan 2003.

Sabah juga pernah melahirkan pemain- hebat hebat yang mewakili negara seperti James Wong, Hassan Sani, Peter Rajah, Razali Zinin dan Matlan Marjan.

Tawfiq berkata, kecemerlan­gan dan kegemilang­an dapat dikecapi jika ada usaha gigih dan mengasah bakat yang ada sejak dari kecil lagi.

Katanya, kejayaan yang telah dicapai oleh Mohd Faiz dan bekas pemain bintang Sabah boleh dijadikan sebagai motivasi menggilap bakat pemain-pemain muda negeri ini.

Mengenai karnival itu, Tawfiq berkata, kementeria­nnya menyokong penuh usaha menganjurk­an program seperti itu kerana ia adalah antara kunci penting memperkasa­kan bola sepak.

“Untuk anak-anak yang terlibat pada hari ini, saya mengharapk­an adik- adik menimba seberapa banyak ilmu yang boleh kerana saya difahamkan bahawa satu klinik bola sepak akan dikendalik­an oleh pemainpema­in negeri yang hadir bersama kita sempena Karnival KidBall ini.

“Saya berharap agar program seperti ini benarbenar dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan bola sepak agar kita dapat melahirkan dan membentuk pasukan pelapis sekaligus meneruskan perjuangan bagi mengembali­kan zaman kegemilang­an bola sepak negeri Sabah suatu ketika nanti.

“Saya juga menyaranka­n agar lebih banyak kejohanan bola sepak dianjurkan terutamany­a di pelbagai peringkat umur bagi mencungkil lebih ramai pemain berbakat untuk diketengah­kan dalam pertanding­an bola sepak tempatan mahupun antarabang­sa,” kata Tawfiq.

Karnival itu adalah yang pertama kali dianjurkan selepas kelab Bola Sepak Sri Gaya ditubuhkan secara rasmi pada Mei 2014.

Sambil itu, pasukan KidBall juga telah menyertai beberapa pertanding­an seperti Kejohanan Bola Sepak peringkat Zon Tanjung Aru, Liga Kota Kinabalu, Premier Cup Manchester United, Borneo Cup, Liga Akademi Tunas dan FUTSAL MILO HIDUP BOLA.

Turut bersama pada majlis ituadalahP­egawaiPend­idikan Daerah Kota Kinabalu merangkap Penaung kelab Bola Sepak KidBall, Umin Sadi, Guru Besar SK Sri gaya merangkap Penasihat KidBall, Alhazmi Abdullah dan presiden KidBall, Hashizan Hasbullah.

 ??  ?? PESERTA Karnival KidBall bersama Tawfiq (topi biru) tetamu lain semasa majlis perasmian.
PESERTA Karnival KidBall bersama Tawfiq (topi biru) tetamu lain semasa majlis perasmian.
 ??  ?? TAWFIQ diperkenal­kan kepada peserta Karnival Kidball.
TAWFIQ diperkenal­kan kepada peserta Karnival Kidball.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia