Utusan Borneo (Sabah)

150 warga emas terima sumbangan daripada Sports Toto

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Seramai 150 warga emas yang memerlukan dari daerah ini telah menerima sumbangan berupa angpau dan mini hamper daripada Sports Toto yang memulakan kempen derma angpau pada musim perayaan Tahun Baharu Cina di sini kelmarin.

Pengurus ( Komunikasi) Sports Toto Malaysia Sdn Bhd, Giam Say Khoon dalam kenyataann­ya memberitah­u bahawa, kempen derma ini dilancarka­n untuk berkongsi kegembiraa­n perayaan dengan memberikan angpau dan mini hamper kepada lebih 18,000 warga emas yang memerlukan di seluruh negara.

“Seperti yang kita ketahui, tahun ini kita menyambut tahun ayam jantan, ia juga tanda kita menyambut Kempen Derma Angpau Tahun Baharu Cina yang ke-29 dan Sports Toto sangat teruja untuk menganjurk­an kempen amal ini buat kali 29.

“Syarikat ini berharap agar kita semua akan mempunyai nasib yang baik pada tahun 2017,” katanya.

Giam berkata, Keningau adalah salah satu daripada 50 lokasi terpilih untuk kempen derma ini dan diadakan di outlet Sports Toto kelmarin dengan sejumlah 150 warga emas memerlukan menerima angpau dan hamper mini dari Sports Toto.

Katanya, sebagai acara terbesar tahunan amal Sports Toto dan sambutan yang terkenal sebelum Tahun Baharu Cina dalam persediaan negara untuk kempen tahun ini yang melibatkan kos kirakira RM1.2 juta telah bermula seawal lima bulan lalu.

Menurut beliau, kempen derma Angpau Tahun Baharu Cina Sports Toto 2017 akan diadakan dari 19-23 Januari 2017, di 50 bandar-bandar besar dan pekan- pekan di seluruh negara untuk memberi manfaat kepada warga emas miskin dari semua kaum yang berumur 60 tahun ke atas.

Setiap penerima akan menerima angpau dan mini hamper.

“Melalui kempen ini, Sports Toto bertujuan untuk mencapai objektif untuk memupuk nilai positif seperti menghormat­i dan menjaga orang-orang tua dan yang lebih penting menghabisk­an masa dengan orang- orang tua, terutama semasa Tahun Baru Cina pada perjumpaan keluarga yang merupakan satu tradisi yang amat penting.

“Dalam memenuhi tanggungja­wab sosial korporat ( CSR) untuk memberikan sesuatu kembali kepada masyarakat, Sports Toto berharap kempen ini memberi manfaat kepada warga emas yang memerlukan terutamany­a pada masa yang mencabar ini peningkata­n kos sara hidup,” katanya.

 ??  ?? WONG Chee Kong (tiga kanan) menyampaik­an mini hamper kepada salah seorang warga emas. Turut kelihatan Giam (kiri) dan Fong Siau Lin (dua kanan).
WONG Chee Kong (tiga kanan) menyampaik­an mini hamper kepada salah seorang warga emas. Turut kelihatan Giam (kiri) dan Fong Siau Lin (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia