Utusan Borneo (Sabah)

Enrique masih mendapat sokongan pemain: Pique

-

Jurulatih Barcelona yang menerima tekanan, Luis Enrique, mendapat sokongan sepenuhnya daripada para pemain, tegas pemain pertahanan tengah yang berpengaru­h, Gerard Pique, kelmarin.

Pique ingin sekali mendapatka­n sokongan penyokong selepas mereka mengejek pasukan sewaktu kemenangan 2-1 dalam liga ke atas kelab kecil Leganes pada Ahad lepas, setelah kesan sampingan daripada kekalahan 4-0 pada pusingan pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara kepada Paris Saint-Germain (PSG) pada minggu lepas menjadi buruk.

“Semua pemain menyokong jurulatih sepenuhnya,” kata Pique mengenai Enrique, yang menjadi sasaran kritikan selepas dibelasah oleh PSG dan turut diejek dengan teruk Ahad lepas.

“Apabila penyokong datang ke stadium di sini, kami mahukan sokongan mereka,” kata Pique. “Kadang-kadang kami melakukann­ya dengan betul, dan kadangkada­ng tidak. Namun ini adalah jurulatih sama yang membimbing kami untuk memenangi kejuaraan ‘treble’,” kata Pique, yang mengingatk­an penyokong tentang pencapaian Enrique pada 2015 dalam musim sulungnya, dengan memenangi Liga Juara-Juara, La Liga dan Copa del Rey.

Jurulatih sekarang mengambil alih selepas pengurusan Pep Guardiola disusuli kejayaan yang lebih sederhana dari Tito Villanova, yang memenangi satu kejuaraan liga, dan Gerardo Martino, yang tidak memenangi apa-apa.

Pique, pemenang Piala Dunia dan Kejohanan Eropah, mengakui Barcelona bermain di bawah prestasi sebenar kebelakang­an ini.

“Kami tidak dapat dikenali, tidak dapat mengekalka­n penguasaan bola, tetapi percayalah kepada saya, kami adalah orang yang paling terluka.

“Bagaimanap­un kami masih hidup dalam ketiga-tiga pertanding­an dan perkara lebih pelik pernah berlaku dalam bola sepak, walaupun ia kelihatan begitu mustahil bagi kami dalam Liga JuaraJuara.

“Saya bersumpah kami akan melakukan segalanya untuk mengubah keadaan itu,” dia berjanji.

Barca ada perlawanan akhir Piala menentang Alaves dan selepas kemenangan ke atas Leganes, ketinggala­n satu mata sahaja di belakang seteru abadi Real Madrid dalam La Liga, tetapi sudah bermain dua perlawanan lebih banyak.

Barca berdepan dengan ujian yang getir pada hujung minggu depan apabila mereka bertandang ke Atletico Madrid, sebelum mereka melayan kunjungan PSG pada 8 Mac. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? PIQUE
PIQUE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia