Utusan Borneo (Sabah)

Konsert pertama Mentor Milenia 2017 Ahad ini

-

KONSERT pengenalan kedua Mentor Milenia 2017 sudah melabuhkan tirainya pada malam Ahad lepas sekaligus mengumumka­n barisan protege daripada Black dan Tomok yang akan bersaing dengan Elica, Anna, Usop dan Balqis di pentas program realiti popular ini.

Kesemua bakal protege di bawah bimbingan mentor Black dan Tomok berjaya membuktika­n kehebatan mereka dengan persembaha­n yang memukau. Namun, pemilihan protege tetap harus dilakukan, dan hanya Syeera, Nuzul, Qalisya dan Along yang berjaya ke peringkat seterusnya.

Bersiaran secara langsung dari studio Sri Pentas 2 menerusi TV3, Afiff, Nuzul dan Syeera dari pilihan Mentor Black dan Adam Malek, Qalisya dan Along dari pilihan Mentor Tomok telah membuat persembaha­n mereka buat pertama kalinya untuk dipilih sebagai protege dan sete-rusnya berentap di pentas Mentor Milenia 2017.

Seperti Akim dan Hazama, bukan mudah bagi Black dan Tomok untuk membuat

pemilihan protege. Pelbagai aspek telah diambil kira sebelum Black dan Tomok membuat keputusan mereka.

Afiff terpaksa meninggalk­an pentas Mentor Milenia 2017 selepas Black memilih Nur Syaheera Abd Aziz (Syeera, 19 tahun) dan Ahmad Nuzul Faiszal Mohamad (Nuzul, 17 tahun) sebagai protege.

Selain itu, Adam Malek juga mengucapka­n selamat tinggal kepada dua orang sahabatnya, Nur Qhalisya Syazreena Zainuddin (Qalisya, 17 tahun) dan Mohamad Rozaimi Rosli (Along, 20 tahun) yang berjaya menjadi anak didik kepada Tomok.

Menurut Tomok, “Bagi saya, kami sedang

mencari pelapis dalam industri nyanyian melalui program Mentor Milenia ini. Jadi rupa bukan jadi ukuran sematamata kerana protege yang sudah terpilih pada malam ini dan minggu lalu semua sangat hebat. Saya akan ‘go all out’ untuk memberi tunjuk ajar dan mengasah kemahiran Qalisya dan Along.” Bagi Black pula, beliau berpuas hati dengan pemilihan tersebut dan meletakkan harapan tinggi kepada barisan protegenya.

“Syeera dan Nuzul perlu bersiap sedia untuk menghadapi cabaran dan tekanan yang akan datang. Mereka juga haruslah berupaya untuk menambat hati orang ramai dengan membuat persembaha­n di luar jangkaan. Sebagai contoh, mereka boleh menyam-paikan lagu-lagu yang mencabar vokal dan penuh dengan emosi,” katanya.

Black dan Tomok telah memeriahka­n suasana studio dengan persembaha­n khas lagu tema filem ‘J Revolusi’ yang berjudul ‘Rempuh’ sebelum bermulanya konsert. Usai persembaha­n istimewa itu, setiap peserta telah membuat persembaha­n dengan Afiff menyanyika­n lagu ‘Lebih Sempurna’ nyanyian asal Syamel, Nuzul (‘Alasan Untuk Bahagia’ - Asfan), Syeera (‘Warkah Untukku’ - Ara AF), Adam Malek (‘Mama Papa Larang’ - Judika), Qalisya (‘Percayalah’ - Indah Ruhaila) dan Along (‘Srikandi Cintaku’ - Bloodshed).

Konsert pengenalan kedua Mentor Milenia 2017 turut diserikan dengan kehadiran penyanyi sensasi, Aiman Tino, yang telah mempersemb­ahkan rangkaian lagu-lagu popularnya, ‘Ku Rela Dibenci’ dan ‘Permata Cinta’.

Tertumpu kepada golongan muda dalam lingkungan umur antara 17 hingga 21 tahun, Mentor Milenia 2017 membariska­n empat artis muda berbakat besar iaitu Akim, Hazama, Black dan Tomok untuk mencari dan mengasah bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur yang berjaya dan berkemampu­an melakar nama mereka di dunia seni.

Mentor Milenia 2017 dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh. Setelah Konsert pengenalan yang menentukan barisan protege oleh mentor – mentor, lapan protege tersebut bakal bertanding dalam sembilan konsert mingguan bermula 26 Februari ini.

Berbeza dengan musim yang lepas, Mentor Milenia 2017 menampilka­n Datuk Hattan sebagai juri tetap dan seorang juri profesiona­l jemputan setiap minggu.

Keputusan persembaha­n para protege terletak kepada jumlah markah daripada juri profesiona­l dan juri tetap sebanyak 50 peratus, undian penonton menerusi laman web rasmi Mentor Milenia sebanyak 30 peratus dan 20 peratus lagi daripada juri awam di studio. Protege yang gagal meraih jumlah markah tinggi akan disingkir.

Pada peringkat akhir nanti, Juara Mentor Milenia bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000.

Jangan ketinggala­n untuk menyaksika­n Mentor Milenia 2017 yang bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam – 11.00 malam dan Jurnal Mentor Milenia yang memaparkan aktiviti mentor dan protege juga akan bersiaran pada setiap Ahad selama 30 minit bermula dari 6.00 petang.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/ mentormile­nia dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @ TV3Malaysi­a dengan menggunaka­n hashtag #MentorMile­nia2017 untuk menghangat­kan lagi perbualan tentang program ini di laman media sosial.

Para penonton juga boleh menyaksika­n program ini melalui strim secara langsung definisi tinggi di portal Tonton (www. tonton.com.my).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? HATTAN
HATTAN
 ??  ?? HOS: Issey dan Marsha kembali lagi sebagai Hos Mentor Milenia 2017.
HOS: Issey dan Marsha kembali lagi sebagai Hos Mentor Milenia 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia