Utusan Borneo (Sabah)

Rasuah RM550,000: Bekas KSU KKLW, anak didakwa

-

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan anak lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kelmarin atas tuduhan rasuah membabitka­n dollar Singapura SGD$200 (RM627,636), tahun lepas.

Mohd Arif, 60, dan anaknya, Ahmad Zukhairi Mohd Arif, 35, yang memakai kot berwarna hitam dan bertali leher, mengaku tidak bersalah dan minta bicara selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mohd Arif didakwa bersuhabat dengan anak sulungnya itu untuk menerima suapan tersebut daripada pengarah syarikat, Wazlina Sdn Bhd, Mohd Safian Mohd Salleh berhubung projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Sandakan, Sabah.

Perbuatan itu sebagai upah untuk mereka kerana memberi projek BELB Sistem Solar Hibrid di empat buah pulau terpencil di Sandakan secara rundingan terus (reka dan bina) bernilai RM57.5 juta kepada syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd.

Mohd Arif didakwa melakukan kesalahan itu di Royal Lake Club, Jalan Cenderamul­ia, di sini pada 4 petang hingga 7 petang, 23 Ogos tahun lepas.

Ahmad Zukhairi pula didakwa menerima suapan yang sama untuk dirinya dan bapanya bagi tujuan serupa pada tarikh, tempat dan masa sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Akta tersebut memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mohd Arif dilihat mengusap belakang badan anak lelakinya itu untuk menenangka­nnya ketika mereka berada dalam kandang tertuduh sepanjang prosiding tersebut.

Hakim Azura membenarka­n anak beranak itu, masing masing diikat jamin R M 200,000 berserta seorang penjamin dengan geran tanah sebagai cagaran.

Mahkamah juga memerintah­kan pasport kedua dua tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 20 Mac untuk sebutan kes bagi penyerahan dokumen. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? BEKAS KSU KKLW Datuk Mohd Arif Ab Rahman (tengah) dan anak lelakinya, Ahmad Zukhairi Mohd Arif, 35, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen kelmarin atas pertuduhan rasuah membabitka­n RM550,000 berhubung projek Bekalan Elektrik Luar Bandar di Sandakan, Sabah,...
GambarBern­ama BEKAS KSU KKLW Datuk Mohd Arif Ab Rahman (tengah) dan anak lelakinya, Ahmad Zukhairi Mohd Arif, 35, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen kelmarin atas pertuduhan rasuah membabitka­n RM550,000 berhubung projek Bekalan Elektrik Luar Bandar di Sandakan, Sabah,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia