Utusan Borneo (Sabah)

Wanita dirompak ketika berjoging

Polis berkas remaja lelaki berumur 17 tahun

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Polis menahan seorang remaja lelaki berumur 17 tahun disyaki terlibat dalam kes rompak bersenjata terhadap seorang penjawat awam wanita ketika berjoging.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata suspek ditahan kira-kira jam 3.30 petang Isnin oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di sebuah rumah tidak bernombor belakang sebuah stesen minyak di Batu 2.5 Jalan Utara, di sini.

Beliau berkata turut dirampas daripada suspek ialah sebuah telefon bimbit Samsung, satu beg duit, buku bank, lesen memandu, kad pelajar, kad Tupperware, kad Green Genting Mass Mall, dua kad Master, dua kad ATM, kad Sandakan Yacht Club, kad Student Popular, kad Titanium Peace of Mind dan memori kad J/Sandisk Ultra 8GB.

Katanya berikutan kejadian itu, pengadu berumur 44 tahun mengalami kerugian sebanyak RM2,500.

Azhar berkata pada 7 Februari kira-kira jam 3.35 petang, pengadu bersama suaminya sampai di apartmen Batu 2 dari rumah menaiki kereta, dan setelah sampai suami pengadu memparkirk­an kereta di tempat letak kenderaan di kawasan apartmen berkenaan.

“Setelah suami pengadu meletak kereta, mereka terus turun untuk berjoging mengikut laluan jalan raya sehingga ke Trig Hill. Pada masa itu, pengadu berjalan dan suaminya berada di hadapan.

“Kira-kira jam 3.45 petang ketika pengadu berjalan di kawasan pertengaha­n antara apartmen dan Trig Hill, sebuah motosikal dinaiki dua lelaki (suspek) datang dari belakang dan melepasi pengadu. Pada ketika itu, suami pengadu berada jauh di hadapan,” katanya.

Selang beberapa minit kemudian, katanya, motosikal dinaiki suspek berpatah balik dan berhenti di hadapan pengadu. Setelah motosikal berhenti, seorang suspek datang dengan memakai topi keledar dan berbaju T warna merah turun.

Azhar berkata suspek kemudian mengacu sebatang benda tajam sambil meminta pengadu menyerahka­n beg dompet yang dibawanya, lalu pengadu dalam keadaan panik terus terdiam kerana takut.

Menurutnya suspek datang ke arah pengadu dan terus menarik beg dompet di tangan pengadu di mana kejadian tarik menarik berlaku sehingga menyebabka­n tali beg dompet pengadu terputus.

Azhar berkata pengadu tidak mengalami sebarang kecederaan dan tidak mengecam suspek kerana panik dalam kejadian itu.

Beliau berkata suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Tambahnya suspek juga mempunyai rekod kesalahan lampau iaitu atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan mencuri mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Kira-kira jam 3.45 petang ketika pengadu berjalan di kawasan pertengaha­n antara apartmen dan Trig Hill, sebuah motosikal dinaiki dua lelaki (suspek) datang dari belakang dan melepasi pengadu. Pada ketika itu, suami pengadu berada jauh di hadapan. ASISTEN KOMISIONER MOHD AZHAR HAMIN Ketua Polis Daerah

 ??  ?? BARANG-barang kes yang dirampas daripada suspek.
BARANG-barang kes yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia