Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan prihatin terhadap kebajikan penduduk

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Kerajaan amat prihatin terhadap kebajikan lebih 500 orang di Kampung Biah Skim di sini dengan memberikan pelbagai kemudahan yang dilaksanak­an oleh kerajaan untuk memastikan taraf kehidupan rakyat dapat ditingkatk­an.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata ia terbukti dengan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan seperti bekalan air, jalan kampung itu sejauh 11 kilometer dari jalan utama, menyediaka­n program bantuan perumahan kepada orang miskin, pembinaan dewan dan lain-lain lagi.

“Walaupun masih terdapat banyak kekurangan infrastruk­tur, tetapi sekurangku­rangnya penduduk di kampung ini mendapat bantuan daripada kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan sesi pemimpin bersama rakyat dan pengagihan bantuan beras di dewan kampung itu pada Isnin.

Seramai 174 penduduk kampung yang terjejas akibat kemarau tahun lepas menerima bantuan berkenaan.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata usaha untuk menjaga kebajikan rakyat terutama di kawasan luar bandar adalah keutamaan kerajaan.

Beliau berkata dakwaan pelbagai pihak yang tidak bertanggun­gjawab termasuk pembangkan­g mengatakan bahawa kerajaan tidak mengendahk­an kebajikan rakyat tidak benar dan hanya boleh mencetuska­n kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Beliau menasihatk­an rakyat agar peka dan mendapatka­n maklumat yang sahih daripada kerajaan dalam usaha memastikan masa depan rakyat terus terjamin di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pada majlis itu, Kurup telah meluluskan peruntukan sejumlah 200 kerusi dewan untuk kegunaan penduduk kampung.

Turut hadir, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Joseph Kurup, Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Richard Kastum, Ketua Pemuda PBRS Matusin Bowie, Ketua Wanita PBRS Zainon Khan dan pemimpin masyarakat.

 ??  ?? KURUP (tengah) bersama pemimpin PBRS dan masyarakat serta penduduk kampung selepas majlis itu.
KURUP (tengah) bersama pemimpin PBRS dan masyarakat serta penduduk kampung selepas majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia