Utusan Borneo (Sabah)

Simpan harta curi, lelaki dipenjara 11 bulan

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan dikenakan penjara 11 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin, atas kesalahan menyimpan harta curi.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhka­n hukuman itu terhadap Lau Wui Mun, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara boleh sampai tempoh lima tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh didapati menyimpan jam tangan yang dipercayai­nya sebagai harta curi, milik seorang lelaki, pada 9 Disember tahun lalu jam 2 petang, di sebuah bilik, di Penampang.

Berdasarka­n fakta kes, satu laporan tangkapan terhadap tertuduh dibuat pada 9 Disember tahun lalu, kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah.

Selepas siasatan dijalankan, tertuduh mengaku terlibat dalam kes terbabit dan memiliki jam tangan berjenama berkenaan.

Dalam rayuan, Lau yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n dan menyatakan, itu kesalahan pertamanya.

Pegawai Pendakwa Insp James Paran berkata, pihaknya meminta hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh. Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap.

Dalam kes berasingan, mahkamah menetapkan pada 8 Mac tahun ini sebagai pengurusan kes terhadap seorang peniaga yang didakwa atas pertuduhan sama.

Keputusan itu dilakukan terhadap Jamil Andang, 38, selepas mengaku tidak bersalah memiliki sebuah kereta kepunyaan sebuah syarikat.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 1 Februari tahun ini jam 11.10 pagi, di simpang masuk Kampung Pulau Penampang, Jalan Sulaman, di sini.

Terdahulu, James memberitah­u mahkamah, tertuduh mempunyai dua lagi pertuduhan atas kesalahan menyembuny­ikan dan menerima harta curi.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah tidak membenarka­n tertuduh diberikan ikat jamin dan direman mengikut Seksyen 259 Kedah Tatacara Jenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia