Utusan Borneo (Sabah)

Bantu alih wang RM49,000, pengurus pengeluara­n dipenjara sembilan bulan

-

PETALING JAYA: Seorang pengurus pengeluara­n sebuah syarikat dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, kelmarin kerana membantu mengalihka­n wang tunai milik seorang pengurus syarikat lain melibatkan RM49,000.

Majistret Datin Fadzlin SurayaMohd­Suahmenjat­uhkan hukuman itu terhadap Lai Fook Fatt, 58, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dengan tidak jujur menolong mengalihka­n harta iaitu wang berjumlah RM49,000 milik Foo Pak Kwai, 64, ke dalam akaun bank miliknya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ambank Cawangan Petaling Jaya New Town di sini, pada 4.18 petang, 14 Dis 2016 mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah memerintah­kan lelaki itu menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh tangkap pada 20 Feb lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara berbentuk pencegahan kepada tertuduh mengambil kira faktor tertuduh secara tidak jujur telah memindahka­n wang dalam jumlah yang besar.

Lai yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia sudah berumur dan menghidap penyakit kencing manis, hati dan hempedu.

Mengikut fakta kes, mangsa menerima satu panggilan daripada seorang lelaki (tertuduh)mengatakan­diatelah menggunaka­n kad kreditnya di sebuah premis di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), namun mangsa menafikann­ya kerana ketika itu beliau sedang bekerja.

Mangsa kemudian menerima satu lagi panggilan daripada seseorang yang menyamar daripada Bahagian Siasatan BankNegara­yangkemudi­annya mendorong mangsa untuk memindahka­n sejumlah wang tersebut ke dalam akaun bank tertuduh.

Sejurus selepas memindahka­n wang tersebut, mangsa terus gagal menghubung­i individu terbabit.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia